Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Penggunaan Ubat Paracetamol Semasa Mengandung

Penggunaan Ubat Paracetamol Semasa Mengandung

September 29, 2025

Ahad, 05 Rabiulakhir 1447H bersamaan 28 September 2025 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan susulan dari terdapatnya berita dari media luar negara mengenai penggunaan ubat paracetamol (acetaminophen) yang dikaitkan dengan risiko autism dan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) di kalangan kanak-kanak.

 

Berdasarkan penilaian yang teliti terhadap data saintifik yang tersedia dan terkini, Pihak Berkuasa Kawalan Ubat, Negara Brunei Darussalam (PBKUNBD) dan juga pihak berkuasa kawalan ubat antarabangsa yang lain seperti  Medicines and Healthcare products Regulatory Agency (MHRA, UK), Therapeutic Goods Administration, Department of Health, Disability and Ageing (TGA, Australia) dan European Medicines Agency (EMA, European Union) menemui tidak ada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa pengambilan ubat paracetamol semasa mengandung boleh menyebabkan autism atau ADHD di kalangan kanak-kanak.

 

Paracetamol masih lagi merupakan rawatan pilihan yang disyorkan untuk melegakan sakit atau demam bagi ibu-ibu mengandung apabila digunakan mengikut arahan. Tanpa rawatan, ianya boleh membawa risiko kesihatan kepada ibu dan anak damit dalam kandungan.  Dalam hal ini, wanita yang sedang mengandung, atau merancang untuk mengandung, dinasihatkan supaya berbincang dengan doktor atau ahli professional penjagaan kesihatan mereka terlebih dahulu sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai pengambilan ubat semasa mengandung.

 

Pihak Berkuasa Kawalan Ubat, Negara Brunei Darussalam (PBKUNBD) bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kualiti dan keberkesanan ubat-ubatan yang dipasarkan di Negara Brunei Darussalam, dimana bukti keselamatan pengambilan ubat semasa mengandung juga adalah menjadi salah satu pertimbangan utama bagi produk ubat yang didaftarkan di bawah PBKUNBD. Sepertimana semua ubat-ubatan, Kementerian Kesihatan akan terus memantau keselamatan ubat-ubatan termasuk ubat paracetamol dan sebarang bukti baharu yang timbul dan menjejaskan saranan awal akan dinilai semula dengan teliti.  Tindakan yang sewajarnya akan diambil, jika perlu demi untuk melindungi kesihatan awam.  Untuk makluman dan pertanyaan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Talian Darussalam 123.

-TAMAT-

 

Tarikh            : 28 September 2025M / 05 Rabiulakhir 1447H

Rujukan         :KK/PR/1

Other News Highlights

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan (17th ASEAN Health Ministers Meeting And Related Meetings) telah bersidang di Kuala Lumpur, Malaysia pada...

Health Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public to five (5)...

Cosmetic Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public on ONE cosmetic...

Nasihat Kesihatan Semasa Jerebu

Selasa, 1 September 2026M / 19 Rabiulawal 1448H – Berikutan dengan Siaran Akhbar Bersama mengenai situasi jerebu di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan pada...

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2026 Bagi Daerah Temburong

Rabu, 13 Rabiulawal 1448H bersamaan 26 Ogos 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Sambutan...

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masehi

Sabtu, 16 Rabiulawal 1448H / 29 Ogos 2026M – Jabatan Perkhidmatan Pergigian dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulud Nabi...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X