Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Peningkatan Kesedaran Kebersihan Awam Dan Pencegahan Penyakit Bawaan Haiwan Perosak

Peningkatan Kesedaran Kebersihan Awam Dan Pencegahan Penyakit Bawaan Haiwan Perosak

May 23, 2026

Khamis, 3 Zulhijjah 1447H/ 21 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan mengambil maklum mengenai kebimbangan orang ramai berikutan laporan antarabangsa mengenai jangkitan Hantavirus dan isu kebersihan hostel pelajar yang tular di media sosial baru-baru ini.

 

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah segera dengan menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang terlibat. Dari hasil lawatan dan pemeriksaan tersebut, beberapa tindakan telah diambil termasuk memberi nasihat dan saranan penambahbaikan kepada pihak pengurusan premis bagi memastikan langkah-langkah kawalan dan kebersihan dilaksanakan dengan segera.

 

Kementerian Kesihatan ingin menekankan bahawa kebersihan persekitaran dan kawalan haiwan perosak adalah merupakan tanggungjawab bersama pelbagai pihak termasuk pihak pengurusan premis, pemilik bangunan, pengendali perniagaan serta orang ramai. Langkah pencegahan awal adalah amat penting bagi mengelakkan infestasi tikus dan haiwan perosak kerana risiko bagi kesihatan awam adalah serius. Kehadiran tikus dan haiwan perosak bukan sahaja menjejaskan kebersihan persekitaran, malah boleh meningkatkan risiko penularan penyakit melalui pencemaran najis, air kencing atau persekitaran yang tercemar.

 

Orang ramai disarankan untuk sentiasa menjaga kebersihan premis dan persekitaran masing-masing dengan memastikan perkara-perkara berikut dilaksanakan:

  • Mengelakkan pengumpulan barang atau sisa yang boleh menjadi tempat persembunyian tikus;
  • Menutup ruang atau lubang yang boleh menjadi laluan haiwan perosak;
  • Memastikan makanan dan sampah disimpan serta dilupuskan dengan sempurna; dan
  • Mendapatkan khidmat kawalan haiwan perosak sekiranya terdapat tanda-tanda infestasi tikus.

 

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya mengelakkan sentuhan langsung dengan tikus dan haiwan perosak termasuk najis atau air kencing haiwan tersebut.  Kawasan yang tercemar hendaklah dibersihkan menggunakan bahan disinfeksi yang bersesuaian. Orang ramai adalah juga disarankan untuk terus berwaspada serta mengamalkan langkah-langkah kebersihan dan sanitasi yang baik sebagai sebahagian daripada usaha bersama dalam melindungi kesihatan awam dan kesejahteraan rakyat di Negara Brunei Darussalam.

 

Pihak Kementerian Kesihatan akan terus mempergiatkan pemantauan dan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi yang berkaitan bagi memastikan tahap kebersihan dan pemantauan persekitaran secara berterusan dilaksanakan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

 

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Talian Nasihat Kesihatan Kementerian Kesihatan di 148 atau layari laman web rasmi Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.bn.

 

-TAMAT-

 

Rujukan:        KK/PR/3/1

Other News Highlights

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan (17th ASEAN Health Ministers Meeting And Related Meetings) telah bersidang di Kuala Lumpur, Malaysia pada...

Health Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public to five (5)...

Cosmetic Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public on ONE cosmetic...

Nasihat Kesihatan Semasa Jerebu

Selasa, 1 September 2026M / 19 Rabiulawal 1448H – Berikutan dengan Siaran Akhbar Bersama mengenai situasi jerebu di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan pada...

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2026 Bagi Daerah Temburong

Rabu, 13 Rabiulawal 1448H bersamaan 26 Ogos 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Sambutan...

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masehi

Sabtu, 16 Rabiulawal 1448H / 29 Ogos 2026M – Jabatan Perkhidmatan Pergigian dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulud Nabi...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X