Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke–79 (79th World Health Assembly)

Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke–79 (79th World Health Assembly)

May 25, 2026

Negara Brunei Darussalam beserta negara-negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) menyertai Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 (WHA79), yang sedang berlangsung pada 18 hingga 23 Mei 2026, di Geneva, Switzerland bagi membincangkan isu-isu keutamaan kesihatan awam dan membentuk hala tuju dasar kesihatan global. Delegasi Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Puan Yang Terutama Dk Mazlizah binti Pg Hj Mahalee, Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland dan disertai oleh beberapa pegawai kanan Kementerian Kesihatan.

 

Perhimpunan tahun ini  bertemakan “Membentuk Semula Kesihatan Global: Tanggungjawab Bersama” (Reshaping Global Health: A Shared Responsibility), dimana semasa sesi plenari, Puan Yang Terutama telahpun menyatakan bahawa walaupun beberapa pencapaian telahpun diraih seperti yang dihuraikan di dalam Results Report 2025 dibawah WHO 13th General Programme of Work, namun masih terdapat jurang yang boleh menyebabkan pencapaian Sustainable Development Goals berkaitan kesihatan menjelang 2030 tersasar. Penularan Hantavirus dan pengisytiharan kecemasan kesihatan awam Public Health Emergency of International Concern baru-baru ini bagi wabak Ebola, mengingatkan dunia bahawa tiada negara yang dapat dilindungi sepenuhnya secara berasingan, dan bertepatan masanya dengan tema Perhimpunan tahun ini. Negara Brunei Darussalam telahpun mengetengahkan tiga keutamaan, iaitu bagi memperkukuhkan pembiayaan kesihatan global yang mampan dan fleksibel bagi memastikan World Health Organization (WHO) terus responsif serta berkesan, dan menerapkan pemantauan berasaskan AI, platform kesihatan digital dan risikan wabak masa nyata sebagai pelaburan teras kesihatan awam.

 

Seterusnya, Negara Brunei Darussalam juga menegaskan bahawa keselamatan kesihatan harus dibina berasaskan kepercayaan dan walaupun masa tambahan diperlukan untuk memuktamadkan rundingan Pathogen Access and Benefit-Sharing Annex, kepentingan dialog dan kerjasama multilateral untuk akses yang saksama bagi  memanfaatkan sains, teknologi dan tindak balas pandemik perlu dimantapkan. Pencegahan sebagai asas sistem kesihatan yang berdaya tahan perlu diteruskan, terutamanya melalui imunisasi dan penjagaan kesihatan asasi, yang mana Negara Brunei Darussalam telahpun mengenalkan vaksin pneumokokal konjugat ke dalam Program Imunisai Kebangsaan (Expanded Programme on Immunization – EPI) serta vaksin TDAP (Tetanus, Diphtheria, and Acellular Pertussis) untuk ibu-ibu mengandung bagi melindungi golongan vulnerable dan mengukuhkan keyakinan masyarakat.

 

Perhimpunan Kesihatan Sedunia kali ke-79 kali ini turut membincangkan pelbagai isu kesihatan awam dan global yang penting termasuk berkaitan program belanjawan dan urus tadbir, isu-isu kritikal termasuk penyakit tidak berjangkit, serta kesiapsiagaan dan tindak balas pandemik kepada kecemasan kesihatan, Agenda Imunisasi 2030, Liputan Kesihatan Sejagat (Universal Health Coverage), kekebalan antimikrobial, pengukuhan seni bina kesihatan global, pembiayaan mampan kesihatan, transformasi kesihatan digital, serta akses kepada ubat dan teknologi kesihatan.

 

Penyertaan Negara Brunei Darussalam di Perhimpunan ini menunjukkan komitmen berterusan negara terhadap kerjasama kesihatan antarabangsa, solidariti global, serta tindakan bersama dalam memperkukuh sistem kesihatan yang berdaya tahan dan saksama, untuk memajukan keutamaan kesihatan negara disamping meneroka peluang inovasi, pembangunan kapasiti, dan penyelarasan dasar selaras dengan amalan kesihatan terbaik global.

-TAMAT-

 

Tarikh         : 06 Zulhijjah 1447H / 23 Mei 2026

Rujukan       : KK/JDP/PR 3

Other News Highlights

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan (17th ASEAN Health Ministers Meeting And Related Meetings) telah bersidang di Kuala Lumpur, Malaysia pada...

Health Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public to five (5)...

Cosmetic Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public on ONE cosmetic...

Nasihat Kesihatan Semasa Jerebu

Selasa, 1 September 2026M / 19 Rabiulawal 1448H – Berikutan dengan Siaran Akhbar Bersama mengenai situasi jerebu di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan pada...

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2026 Bagi Daerah Temburong

Rabu, 13 Rabiulawal 1448H bersamaan 26 Ogos 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Sambutan...

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masehi

Sabtu, 16 Rabiulawal 1448H / 29 Ogos 2026M – Jabatan Perkhidmatan Pergigian dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulud Nabi...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X