Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Perkhidmatan-Perkhidmatan Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait Terjejas Akibat Hujan Lebat

Perkhidmatan-Perkhidmatan Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait Terjejas Akibat Hujan Lebat

February 11, 2025

Khamis, 07 Sya’aban 1446H bersamaan 06 Februari 2025M – Berikutan dengan  keadaan cuaca yang tidak menentu dan hujan lebat yang berlaku di Negara Brunei Darussalam  baru-baru ini, telah mengakibatkan banjir kilat berlaku di beberapa kawasan di Daerah Belait  dan telah menjejaskan beberapa perkhidmatan klinik-klinik di Hospital Suri Seri Begawan. 

Antara perkhidmatan klinik-klinik yang terjejas ialah: 

  1. Klinik Ortopedik; 
  2. Klinik Obstetrik dan Ginekologi; dan 
  3. Klinik Pediatrik. 

Klinik-klinik berkenaan akan ditutup sementara waktu dalam tempoh satu (01)  hari iaitu Hari Khamis, 07 Sya’aban 1446H bersamaan 06 Februari 2025 sahaja, tertakluk kepada keadaan cuaca bagi langkah-langkah keselamatan pesakit, pendamping dan  orang ramai. 

Sehubungan dengan itu, untuk menangani situasi tersebut, pihak Hospital Suri Seri Begawan  akan melaksanakan langkah-langkah berikut: 

  1. Menutup kawasan-kawasan yang terjejas untuk keselamatan orang ramai; dan 
  2. Pesakit-pesakit yang telah hadir untuk perjanjian ke klinik-klinik yang terjejas akan dirawat ditempat yang dikhaskan. Manakala bagi pesakit-pesakit yang belum hadir untuk perjanjian hari ini akan dihubungi dan dijadualkan semula perjanjian mereka pada tarikh  lain. 

Kementerian Kesihatan akan memantau keadaan banjir dari semasa ke semasa dan akan  memaklumkan sebarang maklumat terkini berkenaan dengan situasi di Hospital Suri Seri  Begawan. 

Orang ramai boleh menghubungi talian operator 3335331 / 3335332 / 3335333 (semasa waktu  pejabat) Hospital Suri Seri Begawan bagi sebarang maklumat lanjut atau menghubungi Talian  Darussalam 123 pada bila-bila masa. 

– T A M A T – 

Tarikh: 07 Sya’aban 1446H / 06 Februari 2025M
Rujukan: KK/PR/3

Other News Highlights

Majlis Ibadah Korban Kementerian Kesihatan

Sabtu, 12 Zulhijjah 1447H / 30 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi tahun ini, berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian...

Mesyuarat Sesi Lembaga Eksekutif Ke-159 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (159th Session Executive Board Of The World Health Organisation) 25 – 26 Mei 2026, Geneva, Switzerland

Rabu, 9 Zulhijjah 1447H / 27 Mei 2026 – Negara-negara ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (Executive Board – EB, of the World Health...

Sesi Perjumpaan Dan Dialog Bersama Pelajar-Pelajar Dalam Bidang Perubatan, Pergigian, Kejururawatan, Farmasi Dan Profesional Kesihatan Bersekutu (Allied Health Professional) Serta Doktor-Doktor Yang Mengikuti Latihan Kepakaran, 23 Mei 2026, Glasgow, United Kingdom

Isnin, 7 Zulhijjah 1447H / 25 Mei 2026 – Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dr Hjh Rafidah binti Hj...

Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke–79 (79th World Health Assembly)

Negara Brunei Darussalam beserta negara-negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) menyertai Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 (WHA79), yang sedang berlangsung pada...

Peningkatan Kesedaran Kebersihan Awam Dan Pencegahan Penyakit Bawaan Haiwan Perosak

Khamis, 3 Zulhijjah 1447H/ 21 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan mengambil maklum mengenai kebimbangan orang ramai berikutan laporan antarabangsa mengenai jangkitan Hantavirus dan isu...

Situasi Terkini Mengenai Penyakit Ebola Yang Disebabkan Oleh Virus Bundibugyo

Khamis, 21 Mei 2026M / 04 Zulhijjah 1447H – Wilayah Ituri, Republik Demokratik Kongo kini dilanda wabak virus Bundibugyo (BVD), iaitu sejenis penyakit Ebola....

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X