Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

April 28, 2025

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan Satu (1) produk kesihatan yang mana hasil dari ujian makmal Bahagian Farmasi, Jabatan Perkhidmatan Makmal Saintifik, Kementerian Kesihatan telah mendapati bahawa produk tersebut dicemari dengan bahan terlarang/ bahan racun berjadual yang tersenarai dalam Akta Racun 1956 yang tidak diisyitiharkan

 

Produk Kesihatan berkenaan adalah seperti berikut:

 

No.

Nama Product

Pengilang

Dicemari dengan

1.

HKT Fatz Blocker

NA

Sibutramine

 

 

Bahan pencemar dalam produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.

 

Sibutramine adalah agen pelangsing badan yang tidak lagi disarankan penggunaannya dalam rawatan obesiti kerana kesannya yang boleh memudaratkan jantung dan hati. Pengambilan sibutramine juga boleh menyebabkan kesan advers yang serius seperti tekanan darah tinggi, denyutan jantung yang tidak menentu dan sukar untuk tidur; dan dalam kes-kes yang paling teruk, ianya boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan hati.

 

Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan bagi penjualan produk tersebut. Berikutan dapatan ini, produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam.

 

Orang ramai yang telah membeli atau memakan produk tersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan pengambilannya dengan serta merta. Jika mereka mengalami kesan advers dan merasa tidak sihat selepas memakan produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera. 

 

Orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk tersebut (termasuk penjualan secara online seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah diingatkan bahawa ianya adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Racun 1956 untuk menjual mana-mana produk yang mengandungi bahan yang dikawal di bawah Akta berkenaan dan boleh dikenakan denda sebanyak $8,000 atau penjara enam bulan, jika didapati bersalah. Tambahan pula, jika seseorang melakukan sesuatu di atas kecuaiannya sendiri yang membahayakan atau mungkin membahayakan nyawa manusia, jika diadapati bersalah, akan didenda sebanyak $ 16,000 dan dua belas (12) bulan penjara.

 

Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama dari orang ramai untuk melaporkan kepada Bahagian Komplians dan Perlesenan jika mendapati produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini.

 

Untuk maklumat dan perhubungan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Komplians dan Perlesenan melalui talian telefon 2393301 sambungan 208; menghantar e-mel kepada pharmacy.enforcement@moh.gov.bn; berjumpa terus Pegawai Komplians dan Perlesenan di Tingkat 1, Bangunan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kg Madaras, Mukim Gadong A; atau hubungi Talian Darussalam 123.

-TAMAT-

 

Rujukan         : KK/PR/1

Tarikh            : 28 April 2025M / 29 Syawal 1446H

Other News Highlights

Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2026 bagi Daerah Belait

Sabtu, 18 Muharram 1448H / 4 Julai 2026 – Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait telah mengadakan Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2025...

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Selasa, 14 Muharram 1448H / 30 Jun 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan satu (1) produk kesihatan seperti...

Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam Pingat Kerja Lama (PKL) Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-79 Tahun

Sabtu, 11 Muharram 1448H / 27 Jun 2026M – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Penyampaian Pingkat Kerja Lama (PKL) Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli...

Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1446 Dan Doa Selamat Kepulangan Bithah Haji Perubatan & Jemaah Haji Kementerian Kesihatan Bagi Musim Haji 1447H

Rabu, 08 Muharram 1448H / 24 Jun 2026M – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1447H dan Doa Kesyukuran bagi Kepulangan Rombongan...

Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) Di Antara Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam Dan Kementerian Kesihatan Republik Indonesia Dalam Bidang Kerjasama Kesihatan

Sabtu, 04 Muharram 1448H / 20 Jun 2026 – Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Kesihatan Republik Indonesia hari ini mendatangani Memorandum Persefahaman...

Kementerian Kesihatan dan Dst Managed Services Sdn Bhd (DMS) Menandatangani Perjanjian Penyediaan Tenaga Kerja Bagi Health, Safety And Environment (HSE) Unit Di Bawah Kementerian Kesihatan

Rabu, 23 Zulhijjah 1447H / 09 Jun 2026M – Kementerian Kesihatan dan DST Managed Services Sdn Bhd (DMS) telah mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian bagi...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X