Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

January 7, 2026

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan satu (1) produk kesihatan yang mana hasil dari ujian makmal Bahagian Farmasi, Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan telah mendapati bahawa produk tersebut dicemari dengan bahan terlarang/ bahan racun berjadual yang tersenarai dalam Akta Racun 1956 yang tidak diisyitiharkan

 

Produk Kesihatan berkenaan adalah seperti berikut:

No.

Nama Product

Pengilang

Dicemari dengan

1.

Jamu Ajaib Untuk Sakit Urat, Sakit Pinggang dan Lutut

Dukun Haji Salleh Bin Mat

10 Kampong Perak, Kelantan Malaysia.

Betamethasone

& Dexamethasone

 

Bahan pencemar dalam produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.

 

Pengambilan kortikosteroid Dexamethasone dan Betamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan boleh menyebabkan peningkatan pada paras gula dalam darah yang mengakibatkan penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, katarak, penyakit otot dan tulang, serta meningkatkan risiko jangkitan yang teruk. Pengambilan kortikosteroid dalam jangka panjang juga boleh mengakibatkan Cushing’s syndrome yang mana ciri-cirinya adalah seperti muka bulat atau moon face, serta kegemukkan pada bahagian atas badan   dengan anggota kaki dan tangan yang kurus. Pengguna-pengguna yang telah mengambil dos steroid yang tinggi dalam tempoh masa yang lama mungkin mengalami gejala penarikan atau withdrawal symptoms jika pengambilan steroid diberhentikan secara mendadak. Ini termasuk keletihan, sakit otot dan sendi, demam, kadar gula dalam darah yang rendah, tekanan darah yang rendah dan dehidrasi apabila steroid dihentikan tanpa pengawasan doktor.

 

Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan bagi penjualan produk tersebut. Berikutan dapatan ini, produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam.

 

Orang ramai yang telah membeli atau memakan produk tersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan pengambilannya dengan serta merta. Jika mereka mengalami kesan advers dan merasa tidak sihat selepas memakan produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera. 

 

Orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk tersebut (termasuk penjualan secara online seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah diingatkan bahawa ianya adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Racun 1956 untuk menjual mana-mana produk yang mengandungi bahan yang dikawal di bawah Akta berkenaan dan boleh dikenakan denda sebanyak $8,000 atau penjara enam (6) bulan, jika didapati bersalah. Tambahan pula, jika seseorang melakukan sesuatu di atas kecuaiannya sendiri yang membahayakan atau mungkin membahayakan nyawa manusia, jika diadapati bersalah, akan didenda sebanyak $ 16,000 dan dua belas (12) bulan penjara.

 

Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama dari orang ramai untuk melaporkan kepada Bahagian Komplians dan Perlesenan jika mendapati produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini.

 

Untuk maklumat dan perhubungan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Komplians dan Perlesenan melalui talian telefon 2393301 sambungan 208; menghantar e-mel kepada pharmacy.enforcement@moh.gov.bn; berjumpa terus Pegawai Komplians dan Perlesenan di Tingkat 1, Bangunan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kg Madaras, Mukim Gadong A; atau hubungi Talian Darussalam 123.

-TAMAT-

 

Rujukan         : KK/JDP/PR 3/2

Tarikh            : 17 Rejab 1447 / 07 Januari 2026

Other News Highlights

Produk Kosmetik Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Khamis, 10 Syaaban 1447H / 29 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan SATU produk kosmetik yang mana...

Situasi Jangkitan Virus Nipah Di Negara Brunei Darussalam

Rabu, 9 Syaaban 1447H / 28 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai situasi terkini jangkitan Virus Nipah di Negara...

Majlis Sambutan Isra’ Dan Mi’raj Bagi Tahun 1447 Hijrah

Selasa, 08 Syaaban 1447H / 27 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Sambutan Isra’ dan Mi’raj hari ini, bertempat di Dewan Al’-Afiah, Kementerian...

Akses Terhad Ke Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong

Jumaat, 4 Syaaban 1447H / 23 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa berikutan pengumuman Kementerian Pertahanan mengenai Eksesais Semangat...

Gangguan Bekalan Eletrik di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha

Rabu, 24 Rejab 1447H / 14 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah mengalami gangguan...

Nasihat Kesihatan Semasa Banjir

Isnin, 22 Rejab 1447H bersamaan 12 Januari 2026 – Berikutan dengan keadaan cuaca yang sangat aktif melanda Negara pada masa ini, termasuk hujan lebat...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search