Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

June 21, 2025

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan Dua (2) produk kesihatan yang mana hasil dari ujian makmal Bahagian Farmasi, Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan telah mendapati bahawa produk- produk tersebut dicemari dengan bahan racun berjadual yang tersenarai dalam Akta Racun 1956 yang tidak diisyitiharkan

Produk Kesihatan berkenaan adalah seperti berikut:

No.

Nama Product

Pengilang

Dicemari dengan

1.

Sea Dragon Sea Horse Zhiyang Wan

NA

Dexamethasone,

Betamethasone,

Chlorpheniramine.

2.

Xiang Li Xin Gang

Bi Min Kan Wan

NA

Dexamethasone,

Betamethasone,

Chlorpheniramine.

Bahan pencemar dalam produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.

Chlorpheniramine digunakan untuk melegakan gejala-gejala alahan yang mana ianya mempunyai beberapa kesan advers termasuk merasa mengantuk, pening, kelemahan otot, tekanan darah menurun, kabur penglihatan, mulut kering, kemurungan dan denyutan jantung tidak menentu.

Penggunaan kortikosteroid Dexamethasone dan Betamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan boleh menyebabkan peningkatan pada paras glukosa dalam darah yang mengakibatkan penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, katarak, penyakit otot dan tulang, serta meningkatkan risiko jangkitan yang teruk. Penggunaan kortikosteroid dalam jangka panjang juga boleh mengakibatkan Cushing’s syndrome yang mana ciri-cirinya adalah seperti muka bulat atau moon face, serta kegemukkan pada bahagian badan yang atas dengan anggota kaki dan tangan yang kecil. Pengguna-pengguna yang telah mengambil dos steroid yang tinggi dalam tempoh masa yang lama mungkin mengalami gejala yang termasuk keletihan, sakit otot dan sendi, demam, kadar gula dalam darah yang rendah, tekanan darah yang rendah dan dehidrasi.

Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan bagi penjualan produk-produk tersebut. Berikutan dapatan ini, produk-produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam.

Orang ramai yang telah membeli atau memakan produk-produk tersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan pengambilannya dengan serta merta. Jika mereka mengalami kesan advers dan merasa tidak sihat selepas memakan produk-produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera. 

Orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk-produk tersebut (termasuk penjualan secara online seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah diingatkan bahawa ianya adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Racun 1956 untuk menjual mana-mana produk yang mengandungi bahan yang dikawal di bawah Akta berkenaan dan boleh dikenakan denda sebanyak $8,000 atau penjara enam bulan, jika didapati bersalah. Tambahan pula, jika seseorang melakukan sesuatu di atas kecuaiannya sendiri yang membahayakan atau mungkin membahayakan nyawa manusia, jika diadapati bersalah, akan didenda sebanyak $ 16,000 dan dua belas (12) bulan penjara.

Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama dari orang ramai untuk melaporkan kepada Bahagian Komplians dan Perlesenan jika mendapati produk-produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini.

Untuk maklumat dan perhubungan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Komplians dan Perlesenan melalui talian telefon 2393301 sambungan 208; menghantar e-mel kepada pharmacy.enforcement@moh.gov.bn; berjumpa terus Pegawai Komplians dan Perlesenan di Tingkat 1, Bangunan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kg Madaras, Mukim Gadong A; atau hubungi Talian Darussalam 123.

 

Rujukan         : KK/PR/1

Tarikh            : 16 Jun 2025M / 19 Zulhijjah 1446H

Other News Highlights

Majlis Penyerahan Dua Buah Ambulans Penjagaan Intensif Dengan Tekanan Negatif

Selasa, 27 Jamadilawal 1447H / 18 November 2025 – Kementerian Kesihatan hari ini mengadakan Majlis Penyerahan dua (2) buah Ambulans Penjagaan Intensif Dengan Tekanan...

Sambutan Hari Diabetis Sedunia 2025 bagi Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait

Isnin, 26 Jamadilawal 1447H / 17 November 2025 – Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait telah mengadakan Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2025 bagi Daerah...

Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2025

Ahad, 25 Jamadilawal 1447H / 16 November 2025 – Bersempena dengan Hari Diabetes Sedunia 2025, Pusat Promosi Kesihatan (HPC) dengan kerjasama Pusat Endokrin, Hospital...

Majlis Doa’ Selamat, Berdikir Sebelum Berkhatan Bagi Hospital SSB, Kuala Belait Bagi Tahun 1447H/2025M

Khamis, 22 Jamadilawal 1447H / 13 November 2025 – Dalam masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam, berkhatan lazimnya dilaksanakan ketika kanak-kanak berumur 5 hingga...

The 40th Meeting of The Pharmaceutical Product Working Group (PPWG) and Its Related Meetings

Wednesday, 21 Jamadilawal 1447H / 12 November 2025 – The Ministry of Health held the 40th Meeting of the Pharmaceutical Product Working Group (PPWG)...

Majlis Penutup Kursus Induksi Bagi Pegawai-Pegawai Tempatan Baharu Berkhidmat Di Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 2025

Sabtu, 11 Jamadilawal 1447H / 1 November 2025M – Kementerian Kesihatan hari ini telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Induksi bagi Pegawai-pegawai Tempatan Baharu Berkhidmat...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2025 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search