Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

July 1, 2026

Selasa, 14 Muharram 1448H / 30 Jun 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan satu (1) produk kesihatan seperti tersenarai di bawah. Berdasarkan hasil laporan ujian makmal Bahagian Farmasi, Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan telah mendapati bahawa produk berkenaan mengandungi bahan aktif farmaseutikal yang tidak diisytiharkan, yang dikawal di bawah Akta Ubat Penggal 285 dan tidak dibenarkan dalam Produk Kesihatan.

 

Produk Kesihatan berkenaan adalah seperti berikut:

No.

Nama Product

Pengilang

Dicemari dengan

1.

Zhuang Gu Bu Yau Wan

SiowTuck

Medical Factory

Guangdong China

Acetaminophen

dan

Diclofenac

 

Penggunaan bahan-bahan ini tanpa pemantauan perubatan, boleh menyebabkan kesan mudarat yang membahayakan kesihatan, terutamanya jika diambil secara berterusan. 

 

Acetaminophen atau Paracetamol ialah ubat yang boleh digunakan untuk meredakan kesakitan dan mengurangkan demam. Walaubagaimanapun, pengambilan suplemen kesihatan yang dicemari dengan acetaminophen atau paracetamol boleh menyebabkan lebihan dos, yang mengakibatkan kerosakan hati, kegagalan buah pinggang, koma dan akhirnya kematian.

 

Diclofenac adalah sejenis ubat penahan sakit yang apabila dimakan tanpa pengawasan boleh menyebabkan ulser peptik, pendarahan usus, loya, muntah-muntah, kabur penglihatan, edema, penyakit kuning, kegagalan buah pinggang.

 

Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan bagi penjualan produk tersebut. Sehubungan dengan dapatan ini, produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam.

 

Orang ramai yang telah membeli atau memakan produk tersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan pengambilannya dengan serta merta. Jika mereka mengalami kesan sampingan dan merasa tidak sihat selepas memakan produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera. 

 

Orang ramai dinasihatkan agar mendapatkan nasihat daripada doktor atau pegawai farmasi sebelum mengambil sebarang produk kesihatan. Elakkan daripada membeli atau menggunakan produk dari sumber yang tidak diketahui, khususnya melalui platform dalam talian. Orang ramai juga dinasihatkan untuk meneliti setiap tuntutan produk dengan berwaspada, terutamanya produk yang mendakwa memberi kesan segera atau ‘tiada kesan sampingan’.

 

Orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk tersebut (termasuk penjualan secara dalam talian seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah diingatkan bahawa ia menjadi satu kesalahan di bawah Akta Ubat, Penggal 285 untuk menjual produk berkenaan yang mengandungi bahan yang dikawal di bawah Akta berkenaan  tanpa lesen yang berkenaan dan denda kompaun boleh dikenakan. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi $5000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

 

Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama dari orang ramai untuk melaporkan jika sekiranya mendapati produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini atau mana-mana produk lain yang diragui kepada Bahagian Komplians dan Perlesenan, Jabatan Perkhidmatan Farmasi. Kementerian Kesihatan akan terus menjalankan pemantauan secara beterusan dan keselamatan orang ramai adalah menjadi keutamaan. 

 

Untuk maklumat dan perhubungan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Komplians dan Perlesenan melalui talian telefon 2393301 sambungan 208; menghantar e-mel kepada pharmacy.enforcement@moh.gov.bn; berjumpa terus Pegawai Komplians dan Perlesenan di Tingkat 1, Bangunan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kg Madaras, Mukim Gadong A; atau hubungi Talian Darussalam 123.

-TAMAT-

 

 

Rujukan:         KK/JDP/PR 3/2

Other News Highlights

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Selasa, 14 Muharram 1448H / 30 Jun 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan satu (1) produk kesihatan seperti...

Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam Pingat Kerja Lama (PKL) Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-79 Tahun

Sabtu, 11 Muharram 1448H / 27 Jun 2026M – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Penyampaian Pingkat Kerja Lama (PKL) Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli...

Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1446 Dan Doa Selamat Kepulangan Bithah Haji Perubatan & Jemaah Haji Kementerian Kesihatan Bagi Musim Haji 1447H

Rabu, 08 Muharram 1448H / 24 Jun 2026M – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1447H dan Doa Kesyukuran bagi Kepulangan Rombongan...

Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) Di Antara Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam Dan Kementerian Kesihatan Republik Indonesia Dalam Bidang Kerjasama Kesihatan

Sabtu, 04 Muharram 1448H / 20 Jun 2026 – Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Kesihatan Republik Indonesia hari ini mendatangani Memorandum Persefahaman...

Kementerian Kesihatan dan Dst Managed Services Sdn Bhd (DMS) Menandatangani Perjanjian Penyediaan Tenaga Kerja Bagi Health, Safety And Environment (HSE) Unit Di Bawah Kementerian Kesihatan

Rabu, 23 Zulhijjah 1447H / 09 Jun 2026M – Kementerian Kesihatan dan DST Managed Services Sdn Bhd (DMS) telah mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian bagi...

Majlis Ibadah Korban Kementerian Kesihatan

Sabtu, 12 Zulhijjah 1447H / 30 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi tahun ini, berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X