Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2025

Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2025

November 17, 2025

Ahad, 25 Jamadilawal 1447H / 16 November 2025 – Bersempena dengan Hari Diabetes Sedunia 2025, Pusat Promosi Kesihatan (HPC) dengan kerjasama Pusat Endokrin, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha serta beberapa jabatan klinikal telah menganjurkan acara sambutan sehari bertempat di OneCity Shopping Centre, dengan tema “Diabetes dan Kesejahteraan” (Diabetes and Wellbeing).

 

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Mulia Dr Hjh Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Dr. Yung Chee Kwang, Pakar Perubatan, selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2025.

 

Tema tahun ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman orang ramai mengenai mengenai kaitan antara diabetes dan kesejahteraan mental, memperluaskan akses kepada sokongan psikologi bagi mereka yang hidup dengan diabetes, memperkukuh tindakan di peringkat komuniti dan dasar bagi penjagaan diabetes yang lebih baik, serta mengurangkan stigma dengan menggalakkan pendekatan yang lebih berbelas kasihan dalam pengurusan penyakit tersebut.

 

Pelbagai aktiviti interaktif dan pendidikan turut diadakan sepanjang acara, termasuk pameran kesihatan, khidmat pemeriksaan kesihatan percuma, saringan diabetes dan saringan mata (Saringan AI oleh Jabatan Oftalmologi), aktiviti mewarna, cabutan bertuah, persembahan koir, kuiz spontan (Pop Quiz), ruang bergambar (Photobooth) serta sesi senamrobik.

 

Sebanyak 15 buah booth pameran telah mengambil bahagian yang melibatkan pelbagai jabatan kesihatan dan agensi swasta, termasuk:

  • Pusat Endokrin, Hospital RIPAS
  • Pusat Promosi Kesihatan (HPC)
  • Klinik Pediatrik
  • Jabatan Podoterapi
  • Unit Psikologi dan Psikiatri
  • Unit Dietetik
  • Unit Oftalmologi
  • Program Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSP)
  • EVYD Technology
  • Jerudong Park Medical Centre (JPMC)
  • Royal Brunei Airlines (RBA)
  • Clarity
  • K-Seri Pharma
  • Imagine
  • Jerudong College of Health Sciences (JCHS)

 

Para pengunjung turut digalakkan untuk menyertai Cabaran Saringan Kesihatan, di mana peserta perlu mengumpul setem daripada booth pameran yang dilawati bagi melayakkan diri untuk menyertai cabutan bertuah. Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan masyarakat, pembelajaran serta kesedaran mengenai pencegahan dan pengurusan diabetes dalam suasana yang menyeronokkan dan interaktif.

 

Kementerian Kesihatan terus komited dalam menggalakkan gaya hidup sihat serta pemeriksaan awal bagi penyakit diabetes bagi mencegah komplikasi dan meningkatkan kesejahteraan hidup. Melalui inisiatif seumpama ini, Kementerian berharap dapat memperkukuh sokongan masyarakat dan memupuk pendekatan yang lebih holistik terhadap penjagaan diabetes di Negara Brunei Darussalam.

 

Turut hadir di majlis sambutan ini ialah Yang Mulia Pg Mohammad Khiruddin bin Pengiran Hj Yusoff, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan, Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai serta kakitangan di Kementerian Kesihatan. Sukarelawan daripada Institut Sains Kesihatan, Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Jerudong College of Health Sciences (JCHS) turut membantu dalam pengurusan orientasi awam, pendaftaran serta bimbingan kepada para pengunjung sepanjang acara berlangsung.

– TAMAT –

 

Tarikh:           25 Jamadilawal 1447H /16 November 2025

Reference:    KK/JDP/PR 3

Other News Highlights

Majlis Bertadarus Dan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim Bagi Warga Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam Dan Pejabat Kesihatan Temburong Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

Selasa, 20 Ramadhan 1447 bersamaan 10 Mac 2026 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Bertadarus Al-Quran (Bacaan Juzuk 26) diselajurkan dengan Bacaan Tahlil dan Doa...

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Khatam Al-Quran Dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Bagi Kementerian Kesihatan Dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya Tahun 1447H/2026M

Selasa, 20 Ramadhan 1447H Bersamaan 10 Mac 2026M – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Khatam Al-Quran dan Penyampaian Derma kepada anak-anak yatim...

MOH Prihatin 1447H/2026M

Ahad, 18 Ramadhan 1447H bersamaan 08 Mac 2026M– Kementerian Kesihatanmengadakan lawatan ke rumah-rumah pesakit yang kurang berkemampuan bagi menyampaikan sumbangan derma, barang-barang keperluan asasi...

Majlis Bertahlil Dan Penyerahan Sumbangan Wakaf Kementerian Kesihatan Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

Khamis, 15 Ramadhan 1446H bersamaan 05 Mac 2026 – Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Bertahlil dan Penyerahan Sumbangan Wakaf Kementerian Kesihatan...

Majlis Bertadarus Dan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim Bagi Warga Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

Hari Khamis, 15 Ramadhan 1447H / 05 Mac 2026M– Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Bertadarus Al-Quran dan penyampaian derma kepada anak-anak yatim sempena bulan Ramadhan...

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan satu (1) produk kesihatan seperti tersenarai di bawah. Berdasarkan hasil laporan ujian makmal Bahagian...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search