Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Sambutan Hari Diabetis Sedunia 2025 bagi Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait

Sambutan Hari Diabetis Sedunia 2025 bagi Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait

November 17, 2025

Isnin, 26 Jamadilawal 1447H / 17 November 2025 – Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait telah mengadakan Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2025 bagi Daerah Belait. Hari Diabetes Sedunia ialah kempen tahunan global yang dimulakan oleh Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) bersama-sama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang diadakan setiap 14 November. Kempen ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit diabetes sebagai isu kesihatan awam global dan mengetahui tindakan selanjutnya untuk pencegahan, diagnosis dan pengurusan diabetes yang terbaik.

 

Pada tahun ini, tema sambutan Hari Diabetes Sedunia 2025 adalah“Diabetes and Well-Being” dengan penekanan terhadap aspek kesejahteraan fizikal, mental dan sosial dalam pekerjaan. Di seluruh dunia, kadar penyakit diabetes semakin meningkat dan menjadi beban kepada sistem kesihatan serta produktiviti masyarakat.

 

Melalui sambutan ini, diharap masyarakat dan organisasi akan mengambil langkah proaktif dalam menyokong individu dengan diabetes serta mendorong gaya hidup sihat dan suasana kerja yang lebih mesra diabetes.

 

Tetamu Kehormat di majlis ini ialah Yang Mulia Awang Mohamad Alikhan bin Haji Mohd Yakop, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Tkt 1, Hospital Suri Begawan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Ustaz Haji Md Ali Omar, Ketua Guru Ugama. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengerusi bersama Majlis iaitu Dr Dilip Thottacherry, Konsultan Perubatan, Klinik Pakar Perubatan, Hospital Suri Seri Begawan dan seterusnya perasmian majlis Sambutan Hari Diabetis Sedunia oleh tetamu kehormat majlis.

 

Antara aktiviti-aktiviti lain semasa sambutan berkenaan ialah pemeriksaan kesihatan, mini pameran dan booth jualan makanan dan minuman yang diadakan di Ruang Legar Klinik Pakar (Aras Bawah), Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait. Orang ramai adalah di alu-alukan hadir bagi memeriahkan aktiviti-aktiviti ini bermula dari 8 pagi hingga 4 petang.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai serta Kakitangan Hospital Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.

-TAMAT-

 

Tarikh:           26 Jamadilawal 1447H / 17 November 2025

Rujukan:        KK/JDP/PR 3

Other News Highlights

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan (17th ASEAN Health Ministers Meeting And Related Meetings) telah bersidang di Kuala Lumpur, Malaysia pada...

Health Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public to five (5)...

Cosmetic Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public on ONE cosmetic...

Nasihat Kesihatan Semasa Jerebu

Selasa, 1 September 2026M / 19 Rabiulawal 1448H – Berikutan dengan Siaran Akhbar Bersama mengenai situasi jerebu di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan pada...

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2026 Bagi Daerah Temburong

Rabu, 13 Rabiulawal 1448H bersamaan 26 Ogos 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Sambutan...

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masehi

Sabtu, 16 Rabiulawal 1448H / 29 Ogos 2026M – Jabatan Perkhidmatan Pergigian dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulud Nabi...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X