Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2025 bagi Daerah Belait

Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2025 bagi Daerah Belait

August 4, 2025

Sabtu, 8 Safar 1447H / 02 Ogos 2025 – Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait telah mengadakan Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2025 bagi Daerah Belait. Hari Jururawat Antarabangsa atau International Nurses Day (IND) pada lazimnya disambut pada 12hb Mei dan Hari Bidan Antarabangsa atau International Day of Midwife (IDM) disambut pada 5hb Mei setiap tahun.

Pada tahun ini tema bagi Hari Jururawat Antarabangsa 2025 telah dipilih oleh International Council of Nurses (ICN) ialah JURURAWAT KAMI. MASA DEPAN KITA. MENJAGA JURURAWAT MENGUKUHKAN EKONOMI (Our Nurses. Our Future. Caring for nurses strengthens economies). Tema ini dipilih bagi menekankan tentang peranan penting yang dimainkan oleh tenaga kerja kejururawatan yang sihat dalam mengukuhkan ekonomi, meningkatkan sistem kesihatan dan memastikan hasil yang lebih baik untuk komuniti di seluruh dunia.  Sementara itu, Tema Hari Perbidanan Antarabangsa tema bagi tahun ini: BIDAN: KRITIKAL DALAM SETIAP KRISIS (Midwives: Critical in Every Crisis).

Objektif sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa pada tahun ini adalah sebagai satu wadah untuk menyatu perpaduan Kejururawatan dan Perbidanan ini di Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait dan Bersama-sama menyambut hari memperingati jasa-jasa Jururawat dan Bidan di negara ini.

Tetamu Kehormat di majlis ini ialah Yang Mula Awang Haji Salehkamal bin Haji Badarudin, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Kejururawatan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Ustaz Haji Md Ali Omar, Ketua Guru Ugama. Majlis seterusnya diteruskan dengan Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Pertandingan Mencipta Poster sempena Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2025 anjuran Pejabat Pentadbiran Kejururawatan, Hospital Suri Seri Begawan dan penyampaian cenderahati kepada Jururawat dan bidan Hospital Suri Seri Begawan yang bersara.

Antara aktiviti-aktiviti lain semasa sambutan berkenaan ialah mini pameran dan booth jualan makanan dan minuman. Pameran mini  dan booth jualan makanan dan minuman diadakan di Ruang Legar Klinik Pakar (Aras Bawah), Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait. Orang ramai di alu-alukan hadir bagi memeriahkan aktiviti-aktiviti ini yang akan diadakan bermula dari 9 pagi hingga 4 petang.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai serta Kakitangan Hospital Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.

-TAMAT-

 

 Tarikh:           08 Safar 1447H / 02 Ogos 2025

Rujukan:        KK/PR/3/1

Other News Highlights

Majlis Ibadah Korban Kementerian Kesihatan

Sabtu, 12 Zulhijjah 1447H / 30 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi tahun ini, berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian...

Mesyuarat Sesi Lembaga Eksekutif Ke-159 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (159th Session Executive Board Of The World Health Organisation) 25 – 26 Mei 2026, Geneva, Switzerland

Rabu, 9 Zulhijjah 1447H / 27 Mei 2026 – Negara-negara ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (Executive Board – EB, of the World Health...

Sesi Perjumpaan Dan Dialog Bersama Pelajar-Pelajar Dalam Bidang Perubatan, Pergigian, Kejururawatan, Farmasi Dan Profesional Kesihatan Bersekutu (Allied Health Professional) Serta Doktor-Doktor Yang Mengikuti Latihan Kepakaran, 23 Mei 2026, Glasgow, United Kingdom

Isnin, 7 Zulhijjah 1447H / 25 Mei 2026 – Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dr Hjh Rafidah binti Hj...

Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke–79 (79th World Health Assembly)

Negara Brunei Darussalam beserta negara-negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) menyertai Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 (WHA79), yang sedang berlangsung pada...

Peningkatan Kesedaran Kebersihan Awam Dan Pencegahan Penyakit Bawaan Haiwan Perosak

Khamis, 3 Zulhijjah 1447H/ 21 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan mengambil maklum mengenai kebimbangan orang ramai berikutan laporan antarabangsa mengenai jangkitan Hantavirus dan isu...

Situasi Terkini Mengenai Penyakit Ebola Yang Disebabkan Oleh Virus Bundibugyo

Khamis, 21 Mei 2026M / 04 Zulhijjah 1447H – Wilayah Ituri, Republik Demokratik Kongo kini dilanda wabak virus Bundibugyo (BVD), iaitu sejenis penyakit Ebola....

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X