Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2025

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2025

November 24, 2025

Ahad, 02 Jamadilakhir 1447H / 23 November 2025 – Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia merupakan acara tahunan yang diraikan selaras dengan pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang menetapkan 20 November setiap tahun sebagai Hari Kanak-Kanak Sedunia. Pada tahun ini, Persatuan Pediatrik Brunei (Brunei Paediatric Society) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengadakan siri Sesi Taklimat Kesihatan secara berperingkat bagi warga perkhidmatan awam dan orang ramai bermula 1 hingga 15 November 2025 dan hari ini telah menganjurkan sambutan bertempat di OneCity Shopping Centre.

 

Tema sambutan tahun ini menekankan kepentingan kesihatan sepanjang kitaran hayat (life cycle) dengan tujuan meningkatkan Celik Kesihatan (Health Literacy) dalam kalangan masyarakat. Melalui sesi-sesi ini, adalah diharapkan agar ilmu yang diperolehi dapat meningkatkan kesedaran orang ramai untuk mengambil tindakan ke arah gaya hidup sihat, khususnya demi kesejahteraan anak-anak.

 

Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Aiman Wajdi Bin Mohd Sahid, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat 2, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Majlis diteruskan dengan ucapan dari Yang Mulia Dr. Hajah Rohayati binti Taib, Ketua Perkhidmatan Klinikal Pediatrik, Kementerian Kesihatan selaku Presiden Persatuan Pediatrik Brunei. Pada sambutan kali ini, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan buat julung-julung kalinya akan melancarkan lagu rasmi Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia bertajuk “Cahaya Biru Dunia Kita”.

 

Pelbagai aktiviti interaktif dan pendidikan turut diadakan sepanjang sambutan hari ini, termasuk:

  • Pameran pendidikan bertemakan gaya hidup sihat
  • Aktiviti fizikal dan pendidikan interaktif
  • Penyertaan pelbagai agensi termasuk:
    • Omnisport
    • Pusat Promosi Kesihatan
    • Pusat Pergigian Negara
    • Unit Fisioterapi
    • Brunei Emergency Society
    • Perkhidmatan Klinik Kesihatan Mental Kanak-Kanak dan Remaja

 

Persatuan Pediatrik Brunei, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudyaan, Belia dan Sukan turut menyeru semua kanak-kanak di negara ini agar sentiasa menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan pemakanan seimbang mengikut konsep Healthy Plate, kekal aktif melalui aktiviti fizikal, serta berbuat baik dan menghormati rakan-rakan di sekeliling. Kanak-kanak juga digalakkan untuk memberitahu orang dewasa yang dipercayai jika mereka memerlukan bantuan atau menghadapi sebarang kesulitan.

 

Turut hadir di majlis sambutan ini ialah Yang Mulia Dr Hjh Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Pg Mohammad Khiruddin bin Pengiran Hj Yusoff, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan, Ketua-ketua Jabatan; pegawai-pegawai serta kakitangan di Kementerian Kesihatan.

– TAMAT –

 

Rujukan:        KK/JDP/ PR 3

Other News Highlights

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan (17th ASEAN Health Ministers Meeting And Related Meetings) telah bersidang di Kuala Lumpur, Malaysia pada...

Health Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public to five (5)...

Cosmetic Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public on ONE cosmetic...

Nasihat Kesihatan Semasa Jerebu

Selasa, 1 September 2026M / 19 Rabiulawal 1448H – Berikutan dengan Siaran Akhbar Bersama mengenai situasi jerebu di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan pada...

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2026 Bagi Daerah Temburong

Rabu, 13 Rabiulawal 1448H bersamaan 26 Ogos 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Sambutan...

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masehi

Sabtu, 16 Rabiulawal 1448H / 29 Ogos 2026M – Jabatan Perkhidmatan Pergigian dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulud Nabi...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X