Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu (PSI) Sedunia Tahun 2025 Bagi Perkhidmatan Obstetrik Dan Ginekologi, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu (PSI) Sedunia Tahun 2025 Bagi Perkhidmatan Obstetrik Dan Ginekologi, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong

August 4, 2025

Isnin, 10 Safar 1446H / 04 Ogos 2025 – Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia merupakan aktiviti tahunan yang disambut pada setiap bulan Ogos setiap tahun. Walaupun mempunyai tema berbeza setiap kali penganjurannya, namun sambutan ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu berkaitan penyusuan susu ibu (PSI).

 

Pada tahun ini tema sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu adalah Membangun Sistem Sokongan Yang Mampan (Create Sustainable Support System). Pada tahun ini, Perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi berhasrat mengadakan pameran PSI yang bertemakan seperti diatas. Untuk sama-sama meraikan Sambutan PSI pada tahun ini Pameran Penyusuan Susu Ibu yang mempamerkan PSI bermatlamat:

  • Untuk memberi pendidikan dan menaikkan kesedaran orang ramai dalam mengukuhkan rantaian PSI dan membangunkan sistem sokongan yang mampan;
  • Meningkatkan komitmen jururawat dalam memberi pendidikan kesihatan penyusuan susu ibu, berinteraksi dengan orang ramai untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan PSI.

 

Sebuah Pameran juga akan diadakan di Lobi Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong bermula pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. Poster-poster pameran pada hari ini adalah berkaitan dengan pendidikan penyusuan susu ibu, termasuk model-model payudara, saiz perut anak damit, serta kaedah penyimpanan susu ibu yang betul. Beberapa aktiviti-aktiviti menarik akan di sediakan untuk menarik minat para pengunjung hospital di sambutan ini. Sesi berinteraksi dengan pengunjung hospital dan juga sesi khidmat nasihat dan sokongan PSI juga akan diadakan secara walk-in. Pameran ini selanjutnya akan di pamerkan di Klinik Obstetrik dan Ginekologi di Hospital berkenaan yang akan bermula pada 1 hingga 7 Ogos 2025.

 

Perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah juga akan memulakan perkhidmatan baru iaitu Perkhidmatan Sokongan Penyusuan Susu Ibu (Lactation Support Service). Perkhidmatan ini terbuka pada ibu-ibu yang telah melahirkan yang menghadapi cabaran-cabaran sepanjang PSI pada anak damit mereka. Mereka memerlukan sokongan dan bantuan dari jururawat dan bidan dalam mereka meneruskan PSI.

 

Turut hadir pada sambutan tersebut ialah Pegawai serta Kakitangan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.

-TAMAT-

 

Tarikh:           10 Safar 1446H / 04 Ogos 2025

Rujukan:        KK/PR/3/1

 

Other News Highlights

Majlis Ibadah Korban Kementerian Kesihatan

Sabtu, 12 Zulhijjah 1447H / 30 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi tahun ini, berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian...

Mesyuarat Sesi Lembaga Eksekutif Ke-159 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (159th Session Executive Board Of The World Health Organisation) 25 – 26 Mei 2026, Geneva, Switzerland

Rabu, 9 Zulhijjah 1447H / 27 Mei 2026 – Negara-negara ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (Executive Board – EB, of the World Health...

Sesi Perjumpaan Dan Dialog Bersama Pelajar-Pelajar Dalam Bidang Perubatan, Pergigian, Kejururawatan, Farmasi Dan Profesional Kesihatan Bersekutu (Allied Health Professional) Serta Doktor-Doktor Yang Mengikuti Latihan Kepakaran, 23 Mei 2026, Glasgow, United Kingdom

Isnin, 7 Zulhijjah 1447H / 25 Mei 2026 – Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dr Hjh Rafidah binti Hj...

Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke–79 (79th World Health Assembly)

Negara Brunei Darussalam beserta negara-negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) menyertai Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 (WHA79), yang sedang berlangsung pada...

Peningkatan Kesedaran Kebersihan Awam Dan Pencegahan Penyakit Bawaan Haiwan Perosak

Khamis, 3 Zulhijjah 1447H/ 21 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan mengambil maklum mengenai kebimbangan orang ramai berikutan laporan antarabangsa mengenai jangkitan Hantavirus dan isu...

Situasi Terkini Mengenai Penyakit Ebola Yang Disebabkan Oleh Virus Bundibugyo

Khamis, 21 Mei 2026M / 04 Zulhijjah 1447H – Wilayah Ituri, Republik Demokratik Kongo kini dilanda wabak virus Bundibugyo (BVD), iaitu sejenis penyakit Ebola....

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X