Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Sesi Ceramah Kesihatan Sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2025

Sesi Ceramah Kesihatan Sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2025

November 1, 2025

“Discovering How Investing in Pregnancy and Childhood Impacts a Lifetime”

 

Sabtu, 11 Jamadilawal 1447H / 1 November 2025M – Bersempena dengan Hari Kanak-Kanak Sedunia yang disambut pada setiap 20 November, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Kebajikan, Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, Brunei Paediatric Society (BPS) serta Yayasan Kanser Kanak-Kanak (YASKA) telah menganjurkan siri ceramah kesihatan bertajuk “WCD Talks 2025: Discovering How Investing in Pregnancy and Childhood Impacts a Lifetime”.

 

Acara ini diadakan di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, bermula pada 1 November 2025, diikuti oleh sesi seterusnya pada 8 dan 15 November 2025 bagi warga kementerian-kementerian yang terlibat, dan akan diakhiri dengan sesi untuk orang awam di One City Mall pada 23 November 2025. Kementerian Kesihatan berhasrat dengan adanya ceramah bersiri ini akan dapat meningkatkan kefahaman masyarakat tentang kepentingan pelaburan awal dalam kesihatan kanak-kanak, dan bagaimana penjagaan sejak dari kehamilan mampu memberikan impak positif terhadap kesejahteraan sepanjang hayat.

 

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia tahun ini adalah bertujuan untuk:

  1. Meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu kesihatan yang dihadapi oleh kanak-kanak dan remaja di pelbagai peringkat umur;
  2. Menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh kanak-kanak sejak dari kehamilan hingga ke usia remaja;
  3. Meningkatkan tahap celik kesihatan dalam kalangan masyarakat melalui pendekatan Life Course Health; dan
  4. Menyokong Matlamat 2 Wawasan Brunei 2035, iaitu “Taraf Hidup yang Tinggi termasuk Warga Sihat”, serta Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG 3) – “Kesihatan dan Kesejahteraan untuk Semua”.

 

Ceramah bersiri ini menampilkan pelbagai topik berkaitan kesihatan kanak-kanak dan remaja yang disampaikan oleh pakar-pakar perubatan dari pelbagai bidang, termasuk pediatrik, obstetrik dan ginekologi, psikiatri, fisioterapi dan pemakanan. Antara topik yang diketengahkan ialah:

  • Life Course Health
  • Healthy Mothers: The Foundation of a Thriving World
  • Breastfeeding: The Key to a Strong Start in Life
  • Beyond the Screen
  • Balance Your Plate, Balance Your Life!
  • Movement for Growth
  • Is Obesity a Disease?
  • Eat Iron – Kick Anaemia
  • Healthy Mind, Healthy Life

                       

Selain ceramah, acara ini turut diserikan dengan aktiviti interaktif, kuiz Kahoot, pameran poster pendidikan, serta permainan berhadiah yang bertujuan untuk menarik minat peserta dan memperkukuh mesej kesihatan yang disampaikan. Usaha ini adalah sejajar dengan komitmen Kementerian Kesihatan untuk memastikan setiap kanak-kanak di Negara Brunei Darussalam membesar dalam keadaan sihat, sejahtera dan berpotensi penuh demi masa depan yang lebih baik dan produktif.

 

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran orang ramai boleh melayari melalui pautan linktr.ee/bruneipaediatricsociety atau mengimbas kod QR melalui social rasmi Instagram Kementerian @mohbrunei.

-TAMAT-

 

Tarikh             : 11 Jamadilawal 1447H / 1 November 2025M

Rujukan           : KK/JDP/PR3

Other News Highlights

Sesi Taklimat Kerjaya Penjagaan Kesihatan Kepada Pemimpin Sekolah Dan Guru Kerjaya

Sabtu, 26 Syaaban 1447H / 14 Februari 2026 – Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Unit Pendidikan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan telah mengadakan sesi taklimat...

Majlis Penghargaan Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya yang bersara pada tahun 2024

Khamis, 24 Syaaban 1447H / 12 Februari 2026 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Penghargaan Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan Yang Bersara pada Tahun 2024...

Brunei Darussalam Convenes One Health Workshop To Prioritise Zoonotic Diseases And Strengthen Multisectoral Preparedness

Tuesday, 15 Syaaban 1447H / 5 February 2026 – The Ministry of Health, through the Department of Environmental Health Services is convening the One...

Produk Kosmetik Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Khamis, 10 Syaaban 1447H / 29 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan SATU produk kosmetik yang mana...

Situasi Jangkitan Virus Nipah Di Negara Brunei Darussalam

Rabu, 9 Syaaban 1447H / 28 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai situasi terkini jangkitan Virus Nipah di Negara...

Majlis Sambutan Isra’ Dan Mi’raj Bagi Tahun 1447 Hijrah

Selasa, 08 Syaaban 1447H / 27 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Sambutan Isra’ dan Mi’raj hari ini, bertempat di Dewan Al’-Afiah, Kementerian...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search