Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Sesi Ceramah Kesihatan Sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2025

Sesi Ceramah Kesihatan Sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2025

November 1, 2025

“Discovering How Investing in Pregnancy and Childhood Impacts a Lifetime”

 

Sabtu, 11 Jamadilawal 1447H / 1 November 2025M – Bersempena dengan Hari Kanak-Kanak Sedunia yang disambut pada setiap 20 November, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Kebajikan, Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, Brunei Paediatric Society (BPS) serta Yayasan Kanser Kanak-Kanak (YASKA) telah menganjurkan siri ceramah kesihatan bertajuk “WCD Talks 2025: Discovering How Investing in Pregnancy and Childhood Impacts a Lifetime”.

 

Acara ini diadakan di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, bermula pada 1 November 2025, diikuti oleh sesi seterusnya pada 8 dan 15 November 2025 bagi warga kementerian-kementerian yang terlibat, dan akan diakhiri dengan sesi untuk orang awam di One City Mall pada 23 November 2025. Kementerian Kesihatan berhasrat dengan adanya ceramah bersiri ini akan dapat meningkatkan kefahaman masyarakat tentang kepentingan pelaburan awal dalam kesihatan kanak-kanak, dan bagaimana penjagaan sejak dari kehamilan mampu memberikan impak positif terhadap kesejahteraan sepanjang hayat.

 

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia tahun ini adalah bertujuan untuk:

  1. Meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu kesihatan yang dihadapi oleh kanak-kanak dan remaja di pelbagai peringkat umur;
  2. Menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh kanak-kanak sejak dari kehamilan hingga ke usia remaja;
  3. Meningkatkan tahap celik kesihatan dalam kalangan masyarakat melalui pendekatan Life Course Health; dan
  4. Menyokong Matlamat 2 Wawasan Brunei 2035, iaitu “Taraf Hidup yang Tinggi termasuk Warga Sihat”, serta Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG 3) – “Kesihatan dan Kesejahteraan untuk Semua”.

 

Ceramah bersiri ini menampilkan pelbagai topik berkaitan kesihatan kanak-kanak dan remaja yang disampaikan oleh pakar-pakar perubatan dari pelbagai bidang, termasuk pediatrik, obstetrik dan ginekologi, psikiatri, fisioterapi dan pemakanan. Antara topik yang diketengahkan ialah:

  • Life Course Health
  • Healthy Mothers: The Foundation of a Thriving World
  • Breastfeeding: The Key to a Strong Start in Life
  • Beyond the Screen
  • Balance Your Plate, Balance Your Life!
  • Movement for Growth
  • Is Obesity a Disease?
  • Eat Iron – Kick Anaemia
  • Healthy Mind, Healthy Life

                       

Selain ceramah, acara ini turut diserikan dengan aktiviti interaktif, kuiz Kahoot, pameran poster pendidikan, serta permainan berhadiah yang bertujuan untuk menarik minat peserta dan memperkukuh mesej kesihatan yang disampaikan. Usaha ini adalah sejajar dengan komitmen Kementerian Kesihatan untuk memastikan setiap kanak-kanak di Negara Brunei Darussalam membesar dalam keadaan sihat, sejahtera dan berpotensi penuh demi masa depan yang lebih baik dan produktif.

 

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran orang ramai boleh melayari melalui pautan linktr.ee/bruneipaediatricsociety atau mengimbas kod QR melalui social rasmi Instagram Kementerian @mohbrunei.

-TAMAT-

 

Tarikh             : 11 Jamadilawal 1447H / 1 November 2025M

Rujukan           : KK/JDP/PR3

Other News Highlights

Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1446 Dan Doa Selamat Kepulangan Bithah Haji Perubatan & Jemaah Haji Kementerian Kesihatan Bagi Musim Haji 1447H

Rabu, 08 Muharram 1448H / 24 Jun 2026M – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1447H dan Doa Kesyukuran bagi Kepulangan Rombongan...

Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) Di Antara Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam Dan Kementerian Kesihatan Republik Indonesia Dalam Bidang Kerjasama Kesihatan

Sabtu, 04 Muharram 1448H / 20 Jun 2026 – Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Kesihatan Republik Indonesia hari ini mendatangani Memorandum Persefahaman...

Kementerian Kesihatan dan Dst Managed Services Sdn Bhd (DMS) Menandatangani Perjanjian Penyediaan Tenaga Kerja Bagi Health, Safety And Environment (HSE) Unit Di Bawah Kementerian Kesihatan

Rabu, 23 Zulhijjah 1447H / 09 Jun 2026M – Kementerian Kesihatan dan DST Managed Services Sdn Bhd (DMS) telah mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian bagi...

Majlis Ibadah Korban Kementerian Kesihatan

Sabtu, 12 Zulhijjah 1447H / 30 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi tahun ini, berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian...

Mesyuarat Sesi Lembaga Eksekutif Ke-159 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (159th Session Executive Board Of The World Health Organisation) 25 – 26 Mei 2026, Geneva, Switzerland

Rabu, 9 Zulhijjah 1447H / 27 Mei 2026 – Negara-negara ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (Executive Board – EB, of the World Health...

Sesi Perjumpaan Dan Dialog Bersama Pelajar-Pelajar Dalam Bidang Perubatan, Pergigian, Kejururawatan, Farmasi Dan Profesional Kesihatan Bersekutu (Allied Health Professional) Serta Doktor-Doktor Yang Mengikuti Latihan Kepakaran, 23 Mei 2026, Glasgow, United Kingdom

Isnin, 7 Zulhijjah 1447H / 25 Mei 2026 – Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dr Hjh Rafidah binti Hj...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X