Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Sesi Muzakarah Kementerian Kesihatan Bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara

Sesi Muzakarah Kementerian Kesihatan Bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara

November 25, 2025

Selasa, 04 Jamadilakhir 1447H bersamaan 25 November 2025M – Sesi Muzakarah Kementerian Kesihatan bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) diadakan pada hari ini bertempat di EVYD Technology, Jerudong.

 

Seramai 12 orang Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara menghadiri Sesi Muzakarah tersebut yang diketuai oleh Yang Berhormat Awang Lau How Teck.

 

Sebelum sesi Muzakarah dimulakan, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) dibawa melawat ke Perkhidmatan berikut:

  • Epidemic Intelligence and Response Unit (EIRU)
  • Ruang Pameran EVYD Technology

 

Sesi Muzakarah ini dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah & Doa Selamat oleh Yang Mulia Ustaz Haji Mohd Emmarul bin Haji Azmain, Unit Perkhidmatan Ugama Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan seterusnya ucapan alu-aluan disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan, selaku Pengerusi Majlis Muzakarah ini.

 

Dalam pada itu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyampaikan ucapan yang menekankan komitmen Kementerian terhadap sistem penjagaan kesihatan yang berdaya tahan; mampan; berpandukan data dan penggunaan teknologi moden. Inisiatif utama termasuk penubuhan Epidemic Intelligence and Response Unit (EIRU) pada tahun 2023 untuk pengurusan penyakit yang lebih baik, dan integrasi Kecerdasan Buatan (AI) melalui aplikasi Bruhealth 5.0 serta program SELENA+ bagi pengesanan awal penyakit kronik seperti diabetes dan kanser. Kementerian Kesihatan juga menumpukan perhatian kepada pengurusan kos, promosi kesihatan awam, dan pelaksanaan ujian HPV di seluruh negara untuk saringan kanser serviks. Ucapan tersebut bertujuan untuk memupuk pendekatan ‘Whole of Nation’ dan usaha kolaboratif bersama ahli Majlis Mesyuarat Negara serta orang awam bagi memastikan kesejahteraan rakyat

 

Sejurus itu, Yang Berhormat Awang Lau How Teck selaku Ketua Rombongan bagi Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara juga menyampaikan ucapan balas di Majlis tersebut.

 

Permuzakarahan seterusnya diikuti dengan sesi dialog di antara Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan pihak Kementerian Kesihatan. Dialog yang diadakan dalam suasana silaturahim, muhibah dan secara terbuka itu adalah bagi berkongsi idea, maklumat, isu, pandangan dan cadangan yang sudah setentunya akan memberi manfaat kepada Kementerian Kesihatan dalam usahanya meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan demi kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini.

 

Turut hadir di majlis sambutan ini ialah Yang Mulia Dr Hjh Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Pg Mohammad Khiruddin bin Pengiran Hj Yusoff, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan; ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan.

 

-T A M A T-

 

Rujukan           : KK/JDP/ PR 3

Other News Highlights

Majlis Penutup Kejohanan BNOTM 2025

Khamis, 05 Zulkaedah 1447 / 23 April 2026 – Kementerian Kesihatan hari ini telah mengadakan Majlis Penutup Kejohanan BN on the Move 2025 (BNOTM)...

Majlis Doa Selamat Bagi Rombongan Bi’thah Haji Perubatan Dan Bakal-Bakal Jemaah Haji Kementerian Kesihatan Dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya Bagi Tahun 1447H / 2026M

Rabu, 26 Syawal 1447H / 15 April 2026 – Bagi sama-sama meraikan rombongan Bi’thah Perubatan Haji dan warga Kementerian Kesihatan yang bakal menunaikan fardu...

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan satu (1) produk kesihatan seperti tersenarai di bawah. Berdasarkan hasil laporan ujian makmal Bahagian...

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Persidangan Tahunan Forum Zhongguancun 2026 Di Beijing, Republik Rakyat China

Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan telah menghadiri Persidangan Tahunan Forum Zhongguancun 2026 (The 2026 ZGC Forum Annual Conference)...

Situasi Penyakit Meningokokal Di United Kingdom Dan Penilaian Risiko Kepada Negara Brunei Darussalam

Rabu, 28 Ramadhan 1447H / 18 Mac 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai kejadian wabak penyakit meningokokal yang dilaporkan di...

Majlis Bertadarus Dan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim Bagi Warga Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam Dan Pejabat Kesihatan Temburong Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

Selasa, 20 Ramadhan 1447 bersamaan 10 Mac 2026 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Bertadarus Al-Quran (Bacaan Juzuk 26) diselajurkan dengan Bacaan Tahlil dan Doa...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search