Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Sidang Media Bagi Pameran Dan Persidangan Antarabangsa Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Pertama Di Negara Brunei Darussalam

Sidang Media Bagi Pameran Dan Persidangan Antarabangsa Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Pertama Di Negara Brunei Darussalam

September 8, 2025

Isnin, 15 Rabiulawal 1447H bersamaan 08 September 2025 – Kementerian Kesihatan, dengan kerjasama Jerudong Park Medical Centre (JPMC) dan Gleneagles JPMC (GJPMC) akan menganjurkan Pameran dan Persidangan Antarabangsa Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) pertama di Negara Brunei Darussalam pada 8 hingga 12 Oktober 2025 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

 

Penyakit-penyakit Tidak Berjangkit (NCDs) yang juga dikenali sebagai penyakit gaya hidup (lifestyle diseases), sebahagian besarnya boleh dicegah, namun tetap menjadi penyebab utama kematian dan ketidakupayaan di seluruh dunia. Pada tahun 2021 sahaja, NCD telah meragut sekurang-kurangnya 43 juta nyawa di peringkat global. Negara Brunei Darussalam turut berdepan cabaran serupa, yang mana NCD menyumbang kepada kira-kira 75% daripada keseluruhan kematian di negara ini. Lebih membimbangkan, lebih 70% daripada kes tersebut berpunca daripada faktor risiko yang boleh dielakkan seperti merokok, pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal, obesiti, hipertensi dan diabetes.

 

Menyedari kepentingan segera dalam menangani isu kesihatan awam ini, Pameran dan Persidangan Antarabangsa NCD yang bakal berlangsung akan menjadi satu platform untuk menggalakkan whole-of-nation approach dalam mengekang NCD.

 

Acara lima hari ini akan merangkumi dua komponen utama:

 

  1. Pameran (8 – 12 Oktober 2025)

Berteraskan tema “edu-tainment”, pameran ini menggabungkan kandungan pendidikan dengan hiburan interaktif. Para pengunjung akan berpeluang menerokai zon bertema mengenai penuaan sihat, pemakanan, aktiviti fizikal, kesihatan digital dan pemerkasaan komuniti—menjadikan kesedaran kesihatan satu pengalaman yang menarik dan interaktif.

 

  1. Persidangan Saintifik (10 – 12 Oktober 2025)

Satu program tiga hari yang menghimpunkan para profesional kesihatan, pakar-pakar industri dan ahli akademik dari seluruh rantau. Persidangan ini akan menampilkan ucaptama, perbincangan panel dan bengkel mengenai pelbagai topik berkaitan NCD, termasuk kesihatan mental, diabetes, kanser, strok, penyakit kardiovaskular, perubatan gaya hidup dan pemakanan sihat. Beberapa penceramah antarabangsa juga akan turut serta dalam program berkenaan.

 

Selain itu, acara ini akan menampilkan lebih daripada 80 buah booth, yang menawarkan produk-produk pengguna, perkhidmatan, demonstrasi dan aktiviti interaktif, sekaligus mewujudkan peluang bagi pembelajaran berasaskan pengalaman dan penglibatan aktif untuk semua peringkat usia.

 

Persidangan dan Pameran Antarabangsa NCD ini dihasratkan untuk menggalakkan setiap pengunjung—keluarga, komuniti dan para profesional—untuk mengambil langkah praktikal ke arah gaya hidup yang lebih sihat. Pada masa yang sama, ia juga bertujuan untuk meletakkan Negara Brunei Darussalam sebagai hab bagi persidangan perubatan dan pertukaran ilmu di rantau ini.

-END –

 

Tarikh             : 15 Rabiulawal 1447H bersamaan 08 September 2025

Rujukan           : KK/PR/3/1

Other News Highlights

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia Bagi Pasifik Barat Kali Ke-77

Jumaat, 12 Jamadilawal 1448H / 23 Oktober 2026 – Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Md Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan, telah...

Majlis Tahlil Dan Ceramah Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026

Sabtu, 6 Jamadilawal 1448H bersamaan 17 Oktober 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Tahlil...

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Dart Kementerian Kesihatan Piala Pusingan Yang Berhormat Menteri Kesihatan Tahun 2026

Ahad, 29 Rabiulakhir 1448H / 11 Oktober 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Kesihatan telah mengadakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Dart...

Forum Compassionate Health Care “Caring With Heart”

Khamis, 26 Rabiulakhir 1448H / 8 Oktober 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Seksyen Kualiti, Unit Kualiti dan Keselamatan Pesakit, mengadakan Forum Compassionate Health Care...

Strategic Planning Workshop 1: National Ten-Year Roadmap For Successful Ageing In Brunei Darussalam

Wednesday, 18 Rabiulakhir 1448H / 30 September 2026 – The Ministry of Health, in collaboration with the Centre for Strategic and Policy Studies (CSPS),...

Regional Public Health Laboratory (RPHL) Network Annual Partnership Forum 2026

Bandar Seri Begawan, Tuesday, 22 September 2026 / 10 Rabiulakhir 1448H – The Ministry of Health, Brunei Darussalam, in collaboration with the Regional Public...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X