Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Situasi Penyakit Meningokokal Di United Kingdom Dan Penilaian Risiko Kepada Negara Brunei Darussalam

Situasi Penyakit Meningokokal Di United Kingdom Dan Penilaian Risiko Kepada Negara Brunei Darussalam

March 19, 2026

Rabu, 28 Ramadhan 1447H / 18 Mac 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai kejadian wabak penyakit meningokokal yang dilaporkan di Kent, United Kingdom.

Berdasarkan maklumat daripada United Kingdom Health Security Agency (UKHSA), setakat 16 Mac 2026, sebanyak 15 kes telah dilaporkan kepada pihak berkuasa kesihatan di United Kingdom, termasuk empat (4) kes yang disahkan melalui ujian makmal manakala sebelas (11) kes masih dalam siasatan. Daripada jumlah tersebut, dua (2) kematian telah dilaporkan. Sebahagian daripada kes telah dikenal pasti sebagai jangkitan Meningokokal Kumpulan B (MenB), iaitu jangkitan bakteria serius yang boleh menyebabkan meningitis (radang selaput otak) dan septisemia (jangkitan kuman dalam darah).

Penyakit meningokokal jarang berlaku tetapi boleh merebak dengan cepat serta menyebabkan komplikasi yang serius. Gejala awal termasuk demam, sakit kepala, muntah, mengantuk, pernafasan laju, leher tegang, serta ruam yang tidak pudar apabila ditekan. Tanpa rawatan, ianya boleh menyebabkan kekeliruan, sawan dan kematian.

Kementerian Kesihatan sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan serta Brunei Student Union di United Kingdom bagi memantau status kesihatan pelajar-pelajar Negara Brunei Darussalam di luar negara serta memberikan sokongan dan panduan yang diperlukan. Setakat ini, terdapat dua (2) orang pelajar Brunei yang sedang menuntut di Kent, United Kingdom, dan kedua-duanya dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Berdasarkan penilaian semasa, risiko kepada orang awam di Negara Brunei Darussalam adalah rendah memandangkan tiada kes yang berkaitan dengan wabak tersebut dilaporkan di negara ini. Walau bagaimanapun, risiko kemasukan kes dari luar negara melalui perjalanan antarabangsa masih wujud, khususnya dalam kalangan individu yang baru pulang dari kawasan Kent di United Kingdom.

Sehubungan itu, pelajar-pelajar negara ini di United Kingdom adalah dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan oleh perkhidmatan kesihatan universiti masing-masing dan autoriti kesihatan tempatan (local health authorities) serta mengelakkan tempat-tempat yang sesak dan tertutup buat masa ini. Pelajar atau individu yang baru pulang dari kawasan Kent juga adalah dinasihatkan untuk berwaspada terhadap sebarang gejala dan mendapatkan rawatan perubatan dengan segera sekiranya mengalami tanda-tanda penyakit, serta memaklumkan kepada doktor mengenai sejarah perjalanan mereka.

Kementerian Kesihatan akan terus memantau situasi ini dengan rapi dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari masa ke semasa, jika perlu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Talian Nasihat Kesihatan Kementerian Kesihatan di talian 148 atau melayari laman web rasmi Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.bn.

 

– TAMAT –

 

Rujukan: KK/JDP/PR 3

Other News Highlights

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan (17th ASEAN Health Ministers Meeting And Related Meetings) telah bersidang di Kuala Lumpur, Malaysia pada...

Health Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public to five (5)...

Cosmetic Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public on ONE cosmetic...

Nasihat Kesihatan Semasa Jerebu

Selasa, 1 September 2026M / 19 Rabiulawal 1448H – Berikutan dengan Siaran Akhbar Bersama mengenai situasi jerebu di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan pada...

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2026 Bagi Daerah Temburong

Rabu, 13 Rabiulawal 1448H bersamaan 26 Ogos 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Sambutan...

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masehi

Sabtu, 16 Rabiulawal 1448H / 29 Ogos 2026M – Jabatan Perkhidmatan Pergigian dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulud Nabi...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X