Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Vaksinasi COVID-19 Bagi Bakal-Bakal Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam Bagi Musim Tahun 1446H/2025

Vaksinasi COVID-19 Bagi Bakal-Bakal Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam Bagi Musim Tahun 1446H/2025

April 28, 2025

Isnin, 29 Syawal 1446H bersamaan 28 April 2025M – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa seperti yang dinasihatkan oleh Kerajaan Arab Saudi, bagi bakal-bakal Jemaah Haji bagi Musim Haji Tahun 1446H/2025M yang termasuk dalam kumpulan sasaran tertentu, khususnya mereka yang berumur 65 tahun dan ke atas atau yang menghidapi penyakit-penyakit kronik yang tertentu dan telah lulus pemeriksaan kesihatan Haji adalah dikehendaki untuk mendapatkan suntikan Vaksin COVID-19.

Bagi memudahkan pelaksanaan vaksinasi berkenaan, setiap bakal Jemaah Haji akan dihubungi untuk memaklumkan jadual (hari, tarikh dan tempat) pemberian Vaksin COVID-19 mengikut giliran di daerah masing-masing.

Bakal Jemaah Haji juga dinasihatkan untuk membawa bersama Buku Rekod Kesihatan (Buku Hijau) dan Buku Suntikan (Vaccination Booklet) pada hari yang telah ditetapkan untuk  penerimaan Vaksin COVID-19.

 

Jadual pemberian Vaksin COVID-19 adalah seperti berikut:

 

Bil

Daerah

Jadual Hari Beroperasi

Masa & Waktu

Lokasi

1

Brunei-Muara

Setiap Hari Jumaat dan Ahad

Akan dimaklumkan

Unit Vaksinasi (Pusat Jantung),

Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS)

 

2

Belait

Setiap Hari Isnin – Khamis dan Sabtu

Akan dimaklumkan

Pusat Vaksinasi,

Pejabat Kesihatan, Jalan Pandan Satu, Kuala Belait

3

Tutong

Setiap Hari Isnin – Khamis dan Sabtu

Akan dimaklumkan

Unit Suntikan,

Pejabat Kesihatan Tutong

4

Temburong

Setiap Hari Isnin – Khamis dan Sabtu

Akan dimaklumkan

Unit Vaksinasi,

Pejabat Kesihatan Temburong

 

Bakal Jemaah Haji akan dihubungi mengikut giliran bagi maklumat lanjut mengenai dengan tarikh dan waktu untuk pemberian suntikan Vaksin COVID-19.

Kementerian Kesihatan amat menghargai kerjasama semua bakal Jemaah Haji dalam mengikuti segala arahan dan prosedur yang telah ditetapkan bagi memastikan urusan vaksinasi dan persiapan Haji dapat dilaksanakan dengan teratur dan efisien.

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat terkini, orang ramai boleh menghubungi talian +6737210697 pada waktu pejabat atau waktu bertugas.

– T A M A T –

 

Tarikh:           29 Syawal 1446H / 28 April 2025M

Rujukan:        KK/PR/3/1

 

Other News Highlights

Majlis Ibadah Korban Kementerian Kesihatan

Sabtu, 12 Zulhijjah 1447H / 30 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi tahun ini, berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian...

Mesyuarat Sesi Lembaga Eksekutif Ke-159 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (159th Session Executive Board Of The World Health Organisation) 25 – 26 Mei 2026, Geneva, Switzerland

Rabu, 9 Zulhijjah 1447H / 27 Mei 2026 – Negara-negara ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (Executive Board – EB, of the World Health...

Sesi Perjumpaan Dan Dialog Bersama Pelajar-Pelajar Dalam Bidang Perubatan, Pergigian, Kejururawatan, Farmasi Dan Profesional Kesihatan Bersekutu (Allied Health Professional) Serta Doktor-Doktor Yang Mengikuti Latihan Kepakaran, 23 Mei 2026, Glasgow, United Kingdom

Isnin, 7 Zulhijjah 1447H / 25 Mei 2026 – Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dr Hjh Rafidah binti Hj...

Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke–79 (79th World Health Assembly)

Negara Brunei Darussalam beserta negara-negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) menyertai Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 (WHA79), yang sedang berlangsung pada...

Peningkatan Kesedaran Kebersihan Awam Dan Pencegahan Penyakit Bawaan Haiwan Perosak

Khamis, 3 Zulhijjah 1447H/ 21 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan mengambil maklum mengenai kebimbangan orang ramai berikutan laporan antarabangsa mengenai jangkitan Hantavirus dan isu...

Situasi Terkini Mengenai Penyakit Ebola Yang Disebabkan Oleh Virus Bundibugyo

Khamis, 21 Mei 2026M / 04 Zulhijjah 1447H – Wilayah Ituri, Republik Demokratik Kongo kini dilanda wabak virus Bundibugyo (BVD), iaitu sejenis penyakit Ebola....

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X