Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Meja Bulat Tahunan Kesihatan (Annual Health Roundtable) Anjuran Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum) 20-21 Mei 2025, Geneva, Switzerland

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Meja Bulat Tahunan Kesihatan (Annual Health Roundtable) Anjuran Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum) 20-21 Mei 2025, Geneva, Switzerland

May 26, 2025

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan telah menghadiri program persidangan Meja Bulat Tahunan Kesihatan (Annual Health Roundtable) yang telah berlangsung pada 20 hingga 21 Mei 2025 di Geneva, Switzerland di perkarangan Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-78 (78th World Health Assembly).

 

Di bawah tema, The Intelligent Age: Redefining Healthcare for the Future, program persidangan meja bulat (roundtable) selama dua hari tersebut telah dihoskan oleh Pusat untuk Kesihatan dan Penjagaan Kesihatan (Centre for Health and Healthcare) Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum, WEF) yang bertujuan untuk menghimpunkan pemimpin-pemimpin global dalam mempercepatkan inovasi kuasa kecerdasan buatan (AI-Powered innovation), kerjasama dasar serantau (cross-regional policies) dan memperkukuh kerjasama awam-swasta (public-private partnerships) untuk memajukan akses kesihatan yang saksama dan mengurangkan risiko kesihatan global. Persidangan Meja bulat tersebut telah menjemput Menteri-Menteri Kesihatan, penggubal dasar, eksekutif kanan industri, organisasi antarabangsa, pemimpin dermawan dan pihak berkepentingan utama lain bagi meneroka landskap kesihatan global yang berkembang dan sejajar dengan agenda Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-78.

 

Pada program dua hari berkenaan, Yang Berhormat telah menyertai beberapa sesi perbincangan bertemakan Closing the Gaps: Health Equity in the Era of Rising NCDs, From Lifespan to Health Span: Rethinking Preventative Healthcare with Innovations, Climate and Health: Preparing for Business Risks and Surging Health Demands, dan Healthy Data Ecosystems: Building a Global Architecture for Health.

 

Semasa sesi persidangan meja bulat Kesihatan untuk Semua & Ekuiti Kesihatan – Merapatkan Jurang: Ekuiti Kesihatan di Era Peningkatan NCDs, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah diberi kehormatan untuk menjadi ahli panel, dimana sesi tersebut menumpukan kepada perbincangan berkenaan menangani ketidaksamaan (inequity) yang disebabkan oleh peningkatan beban penyakit-penyakit tidak berjangkit (NCDs) seperti diabetes, penyakit pernafasan kronik dan kesihatan mental khususnya dikalangan komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan kesihatan. Pada sesi tersebut, Yang Berhormat Menteri Kesihatan dalam ucapannya telah mengongsikan komitmen Negara Brunei Darussalam dalam Liputan Kesihatan Sejagat  dalam memastikan semua individu mendapat akses yang saksama kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti tanpa bebanan kewangan, sejajar dengan aspirasi wawasan negara untuk semua rakyat mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi dengan mengimplementasi strategi-strategi kesihatan melalui pendekatan whole-of-government and whole-of-nation. Yang Berhormat juga mengongsikan keadaan semasa dan cabaran-cabaran negara berhubung beban penyakit tidak berjangkit (NCDs), termasuk jurang kesihatan yang wujud akibat peningkatan prevalens penyakit tersebut. Dalam pada itu, Negara Brunei Darussalam akan melabur dan mengembangkan akses saksama kepada penjagaan kesihatan asasi. Sebagai langkah kehadapan, Negara Brunei Darussalam akan terus memanfaatkan teknologi dan data untuk memperolehi hasil kesihatan penduduk yang lebih baik, memperkukuh kerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan merentasi sektor awam, swasta dan masyarakat, serta menegakkan prinsip kesihatan adalah tanggungjawab bersama.

 

Di samping itu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah mengongsikan kepentingan transformasi teknologi digital seperti BruHealth 5.0 sebagai penyelesaian praktikal untuk merapatkan jurang akses kesihatan yang kos efektif untuk mencapai komuniti terpinggir, yang boleh menyokong inisiatif-inisiatif kesihatan penduduk dengan memanfaatkan data dan platform digital untuk meningkatkan penjagaan pencegahan dan pengurusan NCD termasuk kempen-kempen pencegahan dan pemeriksaan kesihatan, penggunaan tele-health dan pemantauan jarak jauh.

 

Penyertaan ini mengukuhkan komitmen Negara Brunei Darussalam dalam kerjasama antarabangsa dan inovasi kesihatan yang berlandaskan ekuiti dan keterangkuman.

–    T    A    M    A    T    –

 

Tarikh         : 26 Zulkaedah 1446H / 24 Mei 2025M

Rujukan     : KK/PR/2

Other News Highlights

Majlis Sembahyang Fardhu Zohor Berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat, Membaca Tahlil Dan Doa Khusus Sempena Sambutan Hari Jururawat Dan Bidan Antarabangsa Tahun 2026

Selasa, 24 Zulkaedah 1447H / 12 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan mengadakan Sembahyang Fardhu Zohor berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat, membaca Tahlil dan doa khusus...

Situasi Terkini Mengenai Jangkitan Hantavirus Di Negara Brunei Darussalam

Jumaat, 20 Zulkaedah 1447H / 08 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai situasi jangkitan Hantavirus. Pada 2 Mei 2026,...

Makluman Mengenai Penyebaran Maklumat Tidak Benar Yang Mengaitkan Kementerian Kesihatan

Rabu, 18 Zulkaedah 1447H / 06 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai satu mesej dan hantaran tular di media...

Simposium Renal 2026

Ahad, 15 Zulkaedah 1447H / 03 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Renal telah menganjurkan Simposium Renal 2026 sempena program Hari Buah...

Majlis Penyampaian Sijil Latihan Asas Kesihatan Mental Bagi Perawat Islam (SKiPPA) Kementerian Kesihatan

Sabtu, 14 Zulkaedah 1447H / 02 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Latihan Asas Kesihatan Mental Bagi Perawat Islam (SKiPPA)...

Majlis Penutup Kejohanan BNOTM 2025

Khamis, 05 Zulkaedah 1447 / 23 April 2026 – Kementerian Kesihatan hari ini telah mengadakan Majlis Penutup Kejohanan BN on the Move 2025 (BNOTM)...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search