Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke–78 (78th World Health Assembly) 19 Mei-27 Mei 2025, Geneva, Switzerland

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke–78 (78th World Health Assembly) 19 Mei-27 Mei 2025, Geneva, Switzerland

May 24, 2025

Menteri-Menteri Kesihatan dan wakil-wakil dari negara-negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) menghadiri Perhimpunan Kesihatan Sedunia kali ke-78 (78th World Health Assembly) yang sedang berlangsung di Geneva, Switzerland, bermula pada 19 Mei hingga 27 Mei 2025.

 

Delegasi Negara Brunei Darussalam ke Perhimpunan tersebut diketuai oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan yang juga disertai oleh Puan Yang Terutama Dk Mazlizah binti Pg Hj Mahalee, Perwakilan Tetap Negara Brunei Darussalam ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland serta beberapa pegawai kanan Kementerian Kesihatan. Tema Perhimpunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada tahun ini ialah Satu Dunia Untuk Kesihatan (One World for Health).

 

Di Perhimpunan tersebut, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah menyampaikan ucapan dalam sesi plenari di mana Yang Berhormat Menteri Kesihatan menekankan bahawa kesihatan adalah tanggungjawab bersama dan hak sejagat; dan seterusnya, tidak ada negara yang boleh menghadapi dan menguruskan ancaman kesihatan secara berkesan bersendirian. Yang Berhormat juga menyatakan bahawa WHO adalah pemimpin kesihatan global yang telah memberikan bimbingan dan sokongan kepada negara-negara yang berusaha untuk mengukuhkan sistem kesihatan mereka dan mengetuai penyelarasan kesihatan antarabangsa semasa kecemasan, lebih-lebih lagi ketika ancaman kepada kesihatan kini semakin kompleks.

 

Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga mengalu-alukan kesimpulan perbincangan Perjanjian Pandemik, yang mana, perjanjian ini menunjukkan bahawa negara-negara masih boleh berkumpul untuk tujuan bersama iaitu untuk mengukuhkan kerjasama global, mengurangkan ketidaksamaan, dan memastikan tiada negara yang ketinggalan. Perjanjian ini turut memperkukuhkan makna tema ‘Satu Dunia untuk Kesihatan’, di mana perpaduan merentasi sempadan, dan keadilan kesihatan bukan sekadar aspirasi tetapi adalah menjadi kewajipan. Negara Brunei Darussalam turut menekankan pentingnya penyelesaian terhadap rundingan Sistem Akses Patogen dan Perkongsian Faedah (PABS) di bawah perjanjian ini, demi memastikan akses yang adil dan tepat pada masanya dan inovasi telus untuk semua negara, terutamanya bagi negara membangun.

 

Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga menggesa supaya kemajuan ke arah Perlindungan Kesihatan Sejagat (Universal Health Coverage, UHC) dan pencapaian kepada Sustainable Development Goals berkaitan kesihatan dipercepatkan. Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga telah mengongsikan bahawa Negara Brunei Darussalam baru-baru ini melancarkan BruHealth 5.0, versi terkini platform kesihatan digital kebangsaan, yang menghubungkan individu secara terus kepada perkhidmatan kesihatan, menyokong penjagaan pencegahan dan memperkasakan orang awam untuk mengurus kesihatan mereka sendiri. Kaedah ini mencerminkan bagaimana transformasi digital boleh mempercepatkan pencapaian UHC dengan menjadikan penjagaan kesihatan lebih mudah diakses, cekap dan berpaksikan rakyat (people centred).

 

Seterusnya, Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga menyuarakan bahawa komitmen kepada “Satu Dunia untuk Kesihatan” juga merangkumi mereka yang mengalami ketidaksamaan kesihatan. Negara Brunei Darussalam mengulangi keprihatinan terhadap keadaan perihal kemanusiaan yang semakin teruk di Palestin dan menyeru agar keganasan dihentikan serta-merta dan memastikan perlindungan kepada orang awam dan pekerja kesihatan, selaras dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Untuk itu, Negara Brunei Darussalam juga menggesa semua pihak untuk memastikan akses tanpa halangan kepada perkhidmatan kesihatan penting, bekalan perubatan dan bantuan kemanusiaan.

 

Perhimpunan Kesihatan Sedunia kali ke-78 ini turut membincangkan pelbagai isu kesihatan awam dan global yang penting termasuk isu-isu berkaitan program belanjawan dan pembaharuan urustadbir, UHC, kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, kekebalan antimikrobial (antimicrobial resistance), tenaga kerja kesihatan, tindakan dan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan kesihatan, serta perubahan iklim dan kesihatan. Salah satu pencapaian utama pada perhimpunan ini ialah pelulusan rasmi Perjanjian Pandemik WHO pada 20 Mei 2025, yang menandakan langkah penting dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan tindak balas global terhadap pandemik. Perjanjian ini juga merangkumi penubuhan PABS, yang mana Negara Brunei Darussalam menyuarakan sokongan bagi memastikan akses yang adil dan tepat pada masanya kepada alat kesihatan penting. Perjanjian ini diterima oleh 124 negara anggota tanpa sebarang bantahan rasmi, dan dijangka berkuat kuasa selepas diratifikasi oleh sekurang-kurangnya 60 negara anggota dan penyelesaian lampiran berkaitan PABS. Negara Brunei Darussalam menyambut baik pelulusan ini sebagai manifestasi perpaduan global dan komitmen bersama terhadap kesaksamaan dalam kesihatan.

 

Semasa di Geneva, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar juga telah membuat perbincangan dua-hala dengan Yang Berhormat Dr Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia mengenai kerjasama bidang kesihatan yang berkepentingan di antara kedua buah negara dan juga serantau.

 

-TAMAT-

Tarikh         : 24 Zulkaedah 1446H / 22 Mei 2025M

Rujukan     : KK/PR/2

Other News Highlights

Penggunaan Ubat Paracetamol Semasa Mengandung

Ahad, 05 Rabiulakhir 1447H bersamaan 28 September 2025 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan susulan dari terdapatnya berita dari media luar negara mengenai penggunaan ubat...

Majlis Pelancaran Kejohanan ‘BN On The Move’ 2025

Ahad, 06 Rabiulakhir 1445H bersamaan 28 September 2025M – Kementerian Kesihatan dengan rasminya telah melancarkan Kejohanan BN on the Move 2025 bertempat di BIBD...

Majlis Malam Gala Dan Penghargaan Sempena 25 Tahun Desentralisasi Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi

Sabtu, 27 Rabiulawal 1447H / 20 September 2025M – Sebagai salah satu aktiviti utama sempena meraikan 25 tahun desentralisasi perkhidmatan penjagaan kesihatan asasi, Jabatan...

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 1447 Hijrah/2025 Masehi

Sabtu, 27 Rabiulawal 1447H / 20 September 2025M – Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Alam Sekitar dan Jabatan Dasar dan Perancangan, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Majlis...

Mesyuarat Peringkat Tinggi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik mengenai Kesihatan dan Ekonomi Kali Ke-15 dan Sidang Kemuncak Bio Sedunia Kali Ke-4

Mesyuarat Peringkat Tinggi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik mengenai Kesihatan dan Ekonomi Kali Ke-15 (15th Asia-Pacific Economic Cooperation High Level Meeting on Health and the Economy)...

Majlis Penutup Kejohanan Bola Jaring Piala Menteri Kesihatan Tahun 2025 Bagi Pegawai Dan Kakitangan Kementerian Kesihatan Dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya

Ahad, 21 Rabiulawal 1447H / 14 September 2025M – Pusat Promosi Kesihatan dan Jabatan Pentadbiran, Kementerian Kesihatan telah bersama-sama menganjurkan Kejohanan Bola Jaring antara...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2025 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search