Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Sesi Perjumpaan Dan Dialog Bersama Bidang Perubatan, Pergigian, Kejururawatan, Farmasi Dan Profesional Kesihatan Bersekutu (Allied Health Professional) Serta Doktor-Doktor Yang Mengikuti Latihan Kepakaran 5 Jun 2024, London, United Kingdom

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Sesi Perjumpaan Dan Dialog Bersama Bidang Perubatan, Pergigian, Kejururawatan, Farmasi Dan Profesional Kesihatan Bersekutu (Allied Health Professional) Serta Doktor-Doktor Yang Mengikuti Latihan Kepakaran 5 Jun 2024, London, United Kingdom

May 26, 2025

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam serta rombongan telah berkesempatan untuk menghadiri satu sesi perjumpaan ramah mesra dan dialog bersama penuntut-penuntut bidang perubatan, pergigian, kejururawatan, farmasi dan Profesional Kesihatan Bersekutu (Allied Health Professional) serta doktor-doktor yang mengikuti latihan kepakaran di United Kingdom dan Ireland pada hari Sabtu 24 Mei 2025.

 

Sesi tersebut yang diadakan secara hybrid (fizikal dan on-line) telah diadakan di hotel Marriott, kota Glasgow dan telah diungkayahkan bersama oleh Kementerian Kesihatan, Unit Penuntut-Penuntut (Brunei Student Unit) dan Brunei Medical Student Association. Sesi tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai keperluan-keperluan sistem penjagaan kesihatan di Negara Brunei Darussalam serta memberikan peluang untuk berkongsi pengalaman dalam pengajian perubatan dan kesihatan.

 

Semasa sesi tersebut, taklimat telah disampaikan oleh rombongan Kementerian Kesihatan dan diikuti dengan sesi soal jawab bersama Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Taklimat telah mengongsikan maklumat-maklumat mengenai dengan kerjaya kedoktoran dan pergigian termasuk jumlah graduan-graduan yang melaporkan diri ke Kementerian Kesihatan setiap tahun, bidang-bidang perkhidmatan klinikal (clinical specialty services) yang ditawarkan di Kementerian Kesihatan, hala tuju kerjaya dalam bidang kedoktoran, latihan-latihan yang ditawarkan di Negara Brunei Darussalam termasuk Basic Specialty Training/Core Training, bidang-bidang kepakaran yang diperlukan, peluang-peluang dan tatacara proses meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya.

 

Semasa sesi dialog tersebut, Yang Berhormat Menteri Kesihatan antaralain telah menekankan pentingnya bagi para professional kesihatan serta penuntut-penuntut yang menjalani latihan untuk sentiasa berhubung dengan pihak yang berkenaan termasuk Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan.  Komunikasi ini penting bagi memudahkan pemantauan, pengawalseliaan dan perancangan latihan, di samping membuka ruang untuk mendapatkan nasihat dan panduan mengenai halatuju dan kepakaran yang diperlukan.

 

Dalam pada itu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga menekankan bahawa penuntut-penuntut dan pelatih professional kesihatan adalah aset negara dan berharap agar mereka akan kembali berkhidmat kepada negara dan bangsa setelah selesai menjalani pembelajaran dan latihan untuk menyumbangkan khidmat bakti ke arah perkhidmatan yang lebih berkualiti dan efisien demi meningkatkan tahap kesihatan dan sekaligus kesejahteraan rakyat dan penduduk serta masyarakat di Negara Brunei Darussalam.

 

Turut hadir pada sesi tersebut ialah Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom, Yang Mulia Cikgu Mohammad Danny bin Aimi, Pengarah Pengajian Unit Penuntut-Penuntut, serta beberapa pegawai kanan dari rombongan Kementerian Kesihatan dan Unit Penuntut-Penuntut di London.

 

Sesi ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Kesihatan dalam membina hubungan erat bersama generasi profesional kesihatan Brunei di luar negara, sebagai pelaburan penting bagi masa depan sistem penjagaan kesihatan negara.

–TAMAT-

 

Tarikh      :       28 Zulkaedah 1446H / 26 Mei 2025

Rujukan   :       KK/PR/2

Other News Highlights

Akses Terhad Ke Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong

Jumaat, 4 Syaaban 1447H / 23 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa berikutan pengumuman Kementerian Pertahanan mengenai Eksesais Semangat...

Gangguan Bekalan Eletrik di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha

Rabu, 24 Rejab 1447H / 14 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah mengalami gangguan...

Nasihat Kesihatan Semasa Banjir

Isnin, 22 Rejab 1447H bersamaan 12 Januari 2026 – Berikutan dengan keadaan cuaca yang sangat aktif melanda Negara pada masa ini, termasuk hujan lebat...

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan satu (1) produk kesihatan yang mana hasil dari ujian makmal Bahagian Farmasi, Jabatan Perkhidmatan...

Senarai Tuntutan Wang Cengkeram Wad Persendirian Dari Tahun 2016 Hingga Tahun 2024

Rabu, 19 Jamadilakhir 1447H / 10 Disember 2025 – Kementerian Kesihatan melalui Unit Kutipan Hasil, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) ingin memaklumkan...

Sesi Muzakarah Kementerian Kesihatan Bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara

Selasa, 04 Jamadilakhir 1447H bersamaan 25 November 2025M – Sesi Muzakarah Kementerian Kesihatan bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) diadakan pada hari ini bertempat...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search