Sign In
BAGAIMANA CARA MENGGUNAKAN UBAT PESSARI DENGAN BETUL. 

Perhatian: Ubat ini bukan untuk dimakan ia merupakan ubat untuk dimasukkan kedalam kemaluan.

1. Basuh tangan dayang sebelum menggunakan ubat pessari.

2. Buka pembalut ubat pessari.


 
 

3. Baring dan masukkan ubat pessari dengan perlahan ke dalam kemaluan. Gunakan jari dayang atau alat yang diberi.

4. Jika dayang diarahkan untuk menggunakan dua biji ubat pessari, lakukan dengan cara yang sama seperti gambar no. 3.


 
 

5. Basuh tangan dayang selepas menggunakan ubat ini.

6. Teruskan menggunakan ubat pessari
     walaupun semasa haid.

7. Elakkan dari melakukan perhubungan kelamin semasa dalam rawatan ubat pessari.

8. Dayang dinasihatkan supaya menggunakan tuala wanita (sanitary napkin) untuk mengelakkan dari kesan yang mungkin melekat pada kain/pakaian dayang.


 
 

9. Simpan ubat dayang di tempat yang tinggi dan jauhkan ubat daripada kanak-kanak.

10. Simpan ubat dayang di tempat yang kering dan sejuk. Ada jenis pessari yang mesti disimpan di dalam peti sejuk.

Sila patuhi arahan yang telah dinyatakan di atas label ubat awda. Jika khidmat nasihat diperlukan, sila hubungi Ahli Kimia Ubat/ Kakitangan di dispensari yang berdekatan.


Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam
Pharmacy Department, Ministry of Health, Brunei Darussalam