Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Penutup Kejohanan Bola Jaring Piala Menteri Kesihatan Tahun 2025 Bagi Pegawai Dan Kakitangan Kementerian Kesihatan Dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya

Majlis Penutup Kejohanan Bola Jaring Piala Menteri Kesihatan Tahun 2025 Bagi Pegawai Dan Kakitangan Kementerian Kesihatan Dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya

September 15, 2025

Ahad, 21 Rabiulawal 1447H / 14 September 2025M – Pusat Promosi Kesihatan dan Jabatan Pentadbiran, Kementerian Kesihatan telah bersama-sama menganjurkan Kejohanan Bola Jaring antara Jabatan-Jabatan dan Bahagian-Bahagian di bawah Kementerian Kesihatan bertempat di Dewan Silaturahim, Pusat Latihan, Jabatan Penjara Maraburung.

 

Hadir selaku Tetamu kehormat ialah Yang Mulia Datin Dr Hajah Noraslinah @ Norsurainah Binti Haji Ramlee, Isteri Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

 

Majlis perlawanan akhir Kejohanan Bola Jaring Piala Menteri Kesihatan Tahun 2025 petang ini adalah perlawanan antara pasukan Healing Hoopers dan pasukan Nurse Warrior. Pertandingan berakhir dengan keputusan 17 – 14, dimenangi oleh pasukan Nurse Warrior.

 

Sebagai kemuncak majlis penutup, Yang Mulia Tetamu Kehormat telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang termasuk juara, naib juara, tempat ketiga dan pasukan saguhati. Pasukan Nurse Warrior dinobatkan sebagai juara, tempat kedua disandang oleh pasukan Healing Hoopers dan tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Pharma Force.

 

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang kategori hadiah khas. Yang Mulia Nurul Hamizah binti Hamdani (Nurses Warrior) pemenang bagi kategori Best Shooter. Manakala kategori Best Attacker dimenangi oleh Yang Mulia Farhana binti Mohd Haji Kipli (Healing Hoopers) dan kategori Best Defender dimenangi oleh Yang Mulia Ampuan Nur Hamizah binti Ampuan Haji Sulaiman (Nurses Warrior).

 

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat dan memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pegawai dan kakitangan wanita di Kementerian Kesihatan, bahkan turut mempererat hubungan kerjasama, memperkukuh ukhuwah, serta menyumbang kepada kesejahteraan seluruh warga kementerian. Diharapkan inisiatif seumpama ini akan diteruskan dan diperkasakan lagi sebagai sebahagian daripada usaha berterusan ke arah membina persekitaran kerja yang sihat, harmoni dan berdaya saing.

 

–  T A M A T   –

 

Tarikh: 21 Rabiulawal 1447H / 14 September 2025M

Rujukan: KK/PR/3/1

Other News Highlights

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan (17th ASEAN Health Ministers Meeting And Related Meetings) telah bersidang di Kuala Lumpur, Malaysia pada...

Health Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public to five (5)...

Cosmetic Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public on ONE cosmetic...

Nasihat Kesihatan Semasa Jerebu

Selasa, 1 September 2026M / 19 Rabiulawal 1448H – Berikutan dengan Siaran Akhbar Bersama mengenai situasi jerebu di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan pada...

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2026 Bagi Daerah Temburong

Rabu, 13 Rabiulawal 1448H bersamaan 26 Ogos 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Sambutan...

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masehi

Sabtu, 16 Rabiulawal 1448H / 29 Ogos 2026M – Jabatan Perkhidmatan Pergigian dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulud Nabi...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X