Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Mesyuarat Peringkat Tinggi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik mengenai Kesihatan dan Ekonomi Kali Ke-15 dan Sidang Kemuncak Bio Sedunia Kali Ke-4

Mesyuarat Peringkat Tinggi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik mengenai Kesihatan dan Ekonomi Kali Ke-15 dan Sidang Kemuncak Bio Sedunia Kali Ke-4

September 18, 2025

Mesyuarat Peringkat Tinggi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik mengenai Kesihatan dan Ekonomi Kali Ke-15 (15th Asia-Pacific Economic Cooperation High Level Meeting on Health and the Economy) dan Sidang Kemuncak Bio Sedunia Kali Ke-4 (4th World Bio Summit) telah diadakan pada 15 hingga 17 September di Seoul, Republik Korea.

 

Delegasi Negara Brunei Darussalam ke Mesyuarat tersebut telah diketuai oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Doktor Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan dan turut disertai oleh beberapa orang pegawai kanan Kementerian Kesihatan.

 

Mesyuarat Peringkat Tinggi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik mengenai Kesihatan dan Ekonomi Kali Ke-15 yang membawakan tema Connect, Innovate, Prosper: Building a Healthy, Smart and Aging-Responsive Society telah diadakan pada 15-16 September dengan memfokuskan perbincangan berhubung peluang untuk menjana inovasi dan mengukuhkan connectivity serta cabaran bersama, di samping menjamin kemakmuran negara yang mampan dan kehidupan yang berkualiti tinggi, khususnya semasa menghadapi perubahan demografik yang pantas.

 

Mesyuarat tersebut yang telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Jeong Eun Kyeong, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Republik Korea telah membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan memanfaatkan kuasa artificial intelligence (AI) untuk persediaan masa depan dalam sistem kesihatan, mempromosi penuaan yang sihat dan aktif di kalangan anggota ekonomi APEC yang responsif terhadap penuaan, dan memupuk kesihatan mental dan pemerkasaan di kalangan belia,

 

 Semasa Mesyuarat, dua peta-jalan “Roadmap to Advance Dengue Prevention & Control in APEC Economies 2026 – 2030” dan “Roadmap to Accelerate Cervical Cancer Elimination in APEC Economies 2026-2030” telah pun dilancarkan. “Roadmap to Advance Dengue Prevention & Control in APEC Economies 2026 – 2030” bertujuan untuk:

  1. Memacu kemajuan APEC ke arah matlamat global sifar kematian denggi yang boleh dicegah menjelang 2030;
  2. Mengesyorkan bagi pengukuhan langkah pencegahan dan kawalan denggi dengan penglibatan kerjasama serantau dalam pembinaan kapasiti dan perkongsian pengetahuan; dan
  3. Menggalakkan perkongsian pelbagai sektor untuk tindak balas denggi yang berkesan dan mampan.

 

Manakala “Roadmap to Accelerate Cervical Cancer Elimination in APEC Economies 2026-2030” bertujuan untuk memacu kemajuan penghapusan kanser serviks dengan:

  1. Menekankan semula komitmen APEC terhadap penghapusan kanser serviks dan menangani cabaran pelaksanaan;
  2. Menyokong pengemudian dasar dan cabaran praktikal untuk mempercepatkan kemajuan ke arah mencapai sasaran WHO 90-70-90 menjelang 2030;
  3. Mengenalpasti dan mempromosikan amalan terbaik merentasi kontinum pemberian perkhidmatan kanser serviks, dan pemboleh sistemik yang mendokong penyampaian yang berkesan; dan,
  4. Menggariskan Pelan Hala Tuju APEC untuk negara ahli membangun strategi yang dapat digunapakai.

 

Mesyuarat telahpun meluluskan Kenyataan Bersama Mesyuarat Peringkat Tinggi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik mengenai Kesihatan dan Ekonomi Kali Ke-15 yang antaralain, telah menghuraikan persetujuan-persetujuan bagi menggalakkan penuaan sihat dan aktif dalam landskap demografi yang berubah, membina sistem kesihatan yang mampan dan meningkatkan kesihatan untuk semua, memanfaatkan kesihatan digital dan kecerdasan buatan (AI) untuk mentransformasikan sistem kesihatan, memperkukuh perkhidmatan kesihatan dan penjagaan kesihatan asasi berasaskan komuniti, rantaian bekalan penjagaan kesihatan yang berdaya tahan dan cekap, meningkatkan kawalan kanser yang komprehensif sepanjang hidup, memperkukuh kesihatan mental dan kesejahteraan, mengukuhkan daya tahan sistem kesihatan kepada cabaran alam sekitar disebabkan perubahan cuaca dan bencana alam, pendekatan pelbagai sektor untuk mencegah dan bertindak balas kepada kecemasan kesihatan awam masa depan, dan memperkukuh kerjasama serantau.

 

Manakala, Sidang Kemuncak Bio Sedunia Kali Ke-4 yang bertemakan ‘Dari Inovasi Kepada Akses: Inovasi Kesihatan untuk Semua, Dimana Jua’ (From Innovation to Access: Health Innovation for Everyone, Everywhere), telah di adakan pada 17 September dan menumpukan perbincangan kepada menerokai arah tuju masa depan dan visi dalam bidang-bidang berkepentingan seperti innovasi AI dalam sektor bio-kesihatan, penubuhan bio-kluster untuk penyelidikan serta pengkilangan yang stabil, dan teknologi untuk menangani isu berkaitan penuaan yang semakin pantas di kalangan penduduk.

-TAMAT-

 

Tarikh:  18 September 2025 / 25 Rabiulawal 1445

Rujukan: KK/PR/2

Other News Highlights

Majlis Sembahyang Fardhu Zohor Berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat, Membaca Tahlil Dan Doa Khusus Sempena Sambutan Hari Jururawat Dan Bidan Antarabangsa Tahun 2026

Selasa, 24 Zulkaedah 1447H / 12 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan mengadakan Sembahyang Fardhu Zohor berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat, membaca Tahlil dan doa khusus...

Situasi Terkini Mengenai Jangkitan Hantavirus Di Negara Brunei Darussalam

Jumaat, 20 Zulkaedah 1447H / 08 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai situasi jangkitan Hantavirus. Pada 2 Mei 2026,...

Makluman Mengenai Penyebaran Maklumat Tidak Benar Yang Mengaitkan Kementerian Kesihatan

Rabu, 18 Zulkaedah 1447H / 06 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai satu mesej dan hantaran tular di media...

Simposium Renal 2026

Ahad, 15 Zulkaedah 1447H / 03 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Renal telah menganjurkan Simposium Renal 2026 sempena program Hari Buah...

Majlis Penyampaian Sijil Latihan Asas Kesihatan Mental Bagi Perawat Islam (SKiPPA) Kementerian Kesihatan

Sabtu, 14 Zulkaedah 1447H / 02 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Latihan Asas Kesihatan Mental Bagi Perawat Islam (SKiPPA)...

Majlis Penutup Kejohanan BNOTM 2025

Khamis, 05 Zulkaedah 1447 / 23 April 2026 – Kementerian Kesihatan hari ini telah mengadakan Majlis Penutup Kejohanan BN on the Move 2025 (BNOTM)...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search