Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Situasi Jangkitan Penyakit Influenza Di Negara Brunei Darussalam

Situasi Jangkitan Penyakit Influenza Di Negara Brunei Darussalam

October 21, 2025
  1. Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai status jangkitan penyakit influenza di Negara Brunei Darussalam berikutan peningkatan kes jangkitan influenza di negara jiran.

 

  1. Untuk makluman orang ramai, jangkitan influenza ialah jangkitan pernafasan akut yang disebabkan oleh virus Influenza seperti Influenza A atau B. Ia boleh merebak melalui titisan respiratori seperti kahak (phlegm), air liur atau nasal discharge yang dikeluarkan apabila orang yang dijangkiti bersin, batuk, bercakap atau bernafas. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan langsung dengan permukaan yang tercemar.

 

  1. Virus influenza biasanya menyebabkan simptom ringan seperti demam, selesema, sakit tekak atau batuk. Walau bagaimanapun, ia juga boleh menyebabkan jangkitan teruk bagi individu yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak damit, warga emas, dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah. Jangkitan influenza lazimnya hanya memerlukan rawatan sokongan. Walau bagaimanapun, ubat antiviral boleh diberikan sekiranya diperlukan.

 

  1. Di peringkat global, pemantauan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan jangkitan virus influenza yang masih rendah dan tren jangkitan virus adalah seperti yang dijangka mengikut musim (seasonal pattern).

 

  1. Di Negara Brunei Darussalam, tiada peningkatan dalam kes influenza dilaporkan pada tahun ini. Sebanyak 207 kes influenza yang disahkan telah dikesan dari bulan Januari hingga 15 Oktober 2025, berbanding 259 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2024. Daripada jumlah kes pada tahun ini, sebanyak 19% daripada jangkitan adalah di kalangan kanak-kanak berumur dibawah 12 tahun. Setakat ini, tiada kluster kes dan kematian berkaitan influenza telah dilaporkan.

 

  1. Berdasarkan pemantauan oleh Kementerian Kesihatan, jenis virus influenza yang utama dikenalpasti pada tahun ini ialah Influenza A (H1N1) sebanyak 61%, diikuti oleh Influenza A (H3) sebanyak 20% dan Influenza B sebanyak 11%.

 

  1. Kementerian Kesihatan ingin menasihatkan orang ramai untuk mengamalkan langkah-langkah pengawalan dan pencegahan jangkitan seperti berikut:
  • Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi;
  • Kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun, atau hand sanitizer (terutamanya sebelum mengendalikan makanan, sebelum makan, selepas menggunakan tandas, dan selepas batuk atau bersin);
  • Amalkan etika batuk dan bersin yang betul, serta memakai penutup muka (face mask) jika awda mempunyai simptom jangkitan pernafasan terutamanya ketika berada di tempat tertutup atau sesak.
  • Menutup mulut awda dengan tisu apabila batuk atau bersin, dan segera buang tisu tersebut ke dalam tong sampah;
  • Elakkan dari mendekati orang yang sakit, kurang sihat atau yang menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti demam panas, batuk atau sesak nafas;
  • Mendapatkan rawatan perubatan segera sekiranya gejala berterusan atau bertambah teruk; dan
  • Sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat.

 

  1. Orang ramai juga dinasihatkan untuk mendapatkan vaksinasi influenza yang terkini, terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi untuk mengalami jangkitan influenza yang teruk.

 

  1. Kementerian Kesihatan sentiasa memantau keadaan di Negara Brunei Darussalam dan pada masa yang sama bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan diperingkat serantau dan global bagi perkembangan terkini serta mengambil langkah-langkah untuk memastikan kesiapsiagaan yang berterusan.

 

  1. Kementerian Kesihatan akan memaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa mengenai sebarang perkembangan terkini mengenai jangkitan berkenaan. Untuk maklumat terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.bn, ikuti sosial rasmi Instagram Kementerian di @mohbrunei atau hubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 pada bila-bila masa.

    –    T    A    M    A    T    –

     

    Tarikh:            29 Rabiulakhir 1447H / 21 Oktober 2025

    Rujukan:        KK/JDP/PR 3

Other News Highlights

Majlis Sembahyang Fardhu Zohor Berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat, Membaca Tahlil Dan Doa Khusus Sempena Sambutan Hari Jururawat Dan Bidan Antarabangsa Tahun 2026

Selasa, 24 Zulkaedah 1447H / 12 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan mengadakan Sembahyang Fardhu Zohor berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat, membaca Tahlil dan doa khusus...

Situasi Terkini Mengenai Jangkitan Hantavirus Di Negara Brunei Darussalam

Jumaat, 20 Zulkaedah 1447H / 08 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai situasi jangkitan Hantavirus. Pada 2 Mei 2026,...

Makluman Mengenai Penyebaran Maklumat Tidak Benar Yang Mengaitkan Kementerian Kesihatan

Rabu, 18 Zulkaedah 1447H / 06 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai satu mesej dan hantaran tular di media...

Simposium Renal 2026

Ahad, 15 Zulkaedah 1447H / 03 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Renal telah menganjurkan Simposium Renal 2026 sempena program Hari Buah...

Majlis Penyampaian Sijil Latihan Asas Kesihatan Mental Bagi Perawat Islam (SKiPPA) Kementerian Kesihatan

Sabtu, 14 Zulkaedah 1447H / 02 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Latihan Asas Kesihatan Mental Bagi Perawat Islam (SKiPPA)...

Majlis Penutup Kejohanan BNOTM 2025

Khamis, 05 Zulkaedah 1447 / 23 April 2026 – Kementerian Kesihatan hari ini telah mengadakan Majlis Penutup Kejohanan BN on the Move 2025 (BNOTM)...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search