“Discovering How Investing in Pregnancy and Childhood Impacts a Lifetime”
Sabtu, 11 Jamadilawal 1447H / 1 November 2025M – Bersempena dengan Hari Kanak-Kanak Sedunia yang disambut pada setiap 20 November, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Kebajikan, Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, Brunei Paediatric Society (BPS) serta Yayasan Kanser Kanak-Kanak (YASKA) telah menganjurkan siri ceramah kesihatan bertajuk “WCD Talks 2025: Discovering How Investing in Pregnancy and Childhood Impacts a Lifetime”.
Acara ini diadakan di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, bermula pada 1 November 2025, diikuti oleh sesi seterusnya pada 8 dan 15 November 2025 bagi warga kementerian-kementerian yang terlibat, dan akan diakhiri dengan sesi untuk orang awam di One City Mall pada 23 November 2025. Kementerian Kesihatan berhasrat dengan adanya ceramah bersiri ini akan dapat meningkatkan kefahaman masyarakat tentang kepentingan pelaburan awal dalam kesihatan kanak-kanak, dan bagaimana penjagaan sejak dari kehamilan mampu memberikan impak positif terhadap kesejahteraan sepanjang hayat.
Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia tahun ini adalah bertujuan untuk:
- Meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu kesihatan yang dihadapi oleh kanak-kanak dan remaja di pelbagai peringkat umur;
- Menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh kanak-kanak sejak dari kehamilan hingga ke usia remaja;
- Meningkatkan tahap celik kesihatan dalam kalangan masyarakat melalui pendekatan Life Course Health; dan
- Menyokong Matlamat 2 Wawasan Brunei 2035, iaitu “Taraf Hidup yang Tinggi termasuk Warga Sihat”, serta Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG 3) – “Kesihatan dan Kesejahteraan untuk Semua”.
Ceramah bersiri ini menampilkan pelbagai topik berkaitan kesihatan kanak-kanak dan remaja yang disampaikan oleh pakar-pakar perubatan dari pelbagai bidang, termasuk pediatrik, obstetrik dan ginekologi, psikiatri, fisioterapi dan pemakanan. Antara topik yang diketengahkan ialah:
- Life Course Health
- Healthy Mothers: The Foundation of a Thriving World
- Breastfeeding: The Key to a Strong Start in Life
- Beyond the Screen
- Balance Your Plate, Balance Your Life!
- Movement for Growth
- Is Obesity a Disease?
- Eat Iron – Kick Anaemia
- Healthy Mind, Healthy Life
Selain ceramah, acara ini turut diserikan dengan aktiviti interaktif, kuiz Kahoot, pameran poster pendidikan, serta permainan berhadiah yang bertujuan untuk menarik minat peserta dan memperkukuh mesej kesihatan yang disampaikan. Usaha ini adalah sejajar dengan komitmen Kementerian Kesihatan untuk memastikan setiap kanak-kanak di Negara Brunei Darussalam membesar dalam keadaan sihat, sejahtera dan berpotensi penuh demi masa depan yang lebih baik dan produktif.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran orang ramai boleh melayari melalui pautan linktr.ee/bruneipaediatricsociety atau mengimbas kod QR melalui social rasmi Instagram Kementerian @mohbrunei.

-TAMAT-
Tarikh : 11 Jamadilawal 1447H / 1 November 2025M
Rujukan : KK/JDP/PR3