Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Penyerahan Dua Buah Ambulans Penjagaan Intensif Dengan Tekanan Negatif

Majlis Penyerahan Dua Buah Ambulans Penjagaan Intensif Dengan Tekanan Negatif

November 18, 2025

Selasa, 27 Jamadilawal 1447H / 18 November 2025 – Kementerian Kesihatan hari ini mengadakan Majlis Penyerahan dua (2) buah Ambulans Penjagaan Intensif Dengan Tekanan Negatif yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Dr Haji Md Khalifah bin Pengiran Haji Ismail, Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Md Jasrin Farhandy bin Abdullah Jasni, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat 11, Unit Keugamaan, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong. Majlis diteruskan dengan Penyerahan mock key Ambulans yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat kepada Yang Mulia Hajah Nora binti Haji Mohd Yusof, Ketua Perkhidmatan Emergency Medical Ambulance Service (EMAS) bagi pihak Kementerian Kesihatan.

Dua buah ambulans tersebut merupakan Model Mercedes-Benz Sprinter (Intensive Care Unit Ambulance, minimum 1800cc) yang dilengkapi dengan sistem tekanan negative. Sistem ini membolehkan pengasingan udara bagi mencegah penyebaran jangkitan semasa penghantaran pesakit, khususnya pesakit yang menghidap penyakit berjangkit.

Ambulans-ambulans ini akan digunakan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait, bagi mempertingkatkan keupayaan respons kecemasan serta memastikan pesakit kritikal menerima rawatan segera dengan tahap keselamatan tertinggi.

Inisiatif ini sejajar dengan usaha berterusan Kementerian Kesihatan untuk memperkukuh sistem kesiapsiagaan perkhidmatan kecemasan serta meningkatkan keberkesanan logistik penghantaran pesakit di seluruh negara, khususnya dalam pengurusan kes-kes kritikal dan penyakit berjangkit.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan serta wakil-wakil dari hospital-hospital kerajaan.

 

– TAMAT –

Tarikh:           27 Jamadilawal 1447 / 18 November 2025

Reference:    KK/JDP/ PR 3

Other News Highlights

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan (17th ASEAN Health Ministers Meeting And Related Meetings) telah bersidang di Kuala Lumpur, Malaysia pada...

Health Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public to five (5)...

Cosmetic Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public on ONE cosmetic...

Nasihat Kesihatan Semasa Jerebu

Selasa, 1 September 2026M / 19 Rabiulawal 1448H – Berikutan dengan Siaran Akhbar Bersama mengenai situasi jerebu di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan pada...

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2026 Bagi Daerah Temburong

Rabu, 13 Rabiulawal 1448H bersamaan 26 Ogos 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Sambutan...

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masehi

Sabtu, 16 Rabiulawal 1448H / 29 Ogos 2026M – Jabatan Perkhidmatan Pergigian dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulud Nabi...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X