Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Akses Terhad Ke Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong

Akses Terhad Ke Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong

January 24, 2026

Jumaat, 4 Syaaban 1447H / 23 Januari 2026 –  Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa berikutan pengumuman Kementerian Pertahanan mengenai Eksesais Semangat Waja Siri 08/2026 oleh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang dijalankan pada hari Ahad, 25 Januari 2026 bermula jam 10.00 malam sehingga hari Isnin, 26 Januari 2026 jam 2.00 pagi, jalan akses ke Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong adalah terhad buat sementara waktu. Semasa tempoh eksesais, pengurusan lalu lintas sementara akan dilaksanakan di laluan utama menuju ke hospital berkenaan.

 

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang menggunakan kenderaan persendirian yang berhasrat untuk mendapatkan rawatan di Hospital PMMPMHAMB masih dibenarkan untuk melalui kawasan terlibat, tertakluk kepada pengurusan dan kawalan keselamatan oleh pihak berkuasa yang bertugas.

 

Bagi memastikan kelancaran dalam perkhidmatan rawatan, orang ramai yang merancang untuk mendapatkan rawatan di hospital berkenaan adalah dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan hadir sebelum pukul 10:00 malam bagi mengelakkan sebarang kelewatan akibat pengurusan lalu lintas sementara sepanjang tempoh eksesais dijalankan.

 

Bagi kes kecemasan, orang ramai hendaklah terus mendapatkan rawatan di hospital berkenaan. Perkhidmatan ambulans dan kes kecemasan tidak terjejas sepanjang tempoh eksesais berlangsung.

 

Kementerian Kesihatan sedang giat bekerjasama rapat dengan pihak ABDB bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan kesihatan serta keselamatan pesakit, petugas dan orang awam sentiasa terpelihara sepanjang tempoh eksesais ini dijalankan.

 

Bagi sebarang maklumat terkini, orang ramai bolehlah melayari laman web rasmi Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.bn, mengikuti media sosial rasmi @mohbrunei atau menghubungi Talian Darussalam 123.

 

-TAMAT-

 

Rujukan: KK/JDP/PR 3

Other News Highlights

Negara Brunei Darussalam Sertai Kempen Keselamatan Ubat-Ubatan Global #MedSafetyWeek 2026

Ahad, 21 Jamadilawal 1448H bersamaan 01 November 2026 – Negara Brunei Darussalam, melalui Kementerian Kesihatan, akan menyertai Kempen Keselamatan Ubat-Ubatan Global, #MedSafetyWeek 2026, yang...

Pameran Mini Bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026

Khamis, 18 Jamadilawal 1448H bersamaan 29 Oktober 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Mini...

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia Bagi Pasifik Barat Kali Ke-77

Jumaat, 12 Jamadilawal 1448H / 23 Oktober 2026 – Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Md Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan, telah...

Majlis Tahlil Dan Ceramah Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026

Sabtu, 6 Jamadilawal 1448H bersamaan 17 Oktober 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Tahlil...

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Dart Kementerian Kesihatan Piala Pusingan Yang Berhormat Menteri Kesihatan Tahun 2026

Ahad, 29 Rabiulakhir 1448H / 11 Oktober 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Kesihatan telah mengadakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Dart...

Forum Compassionate Health Care “Caring With Heart”

Khamis, 26 Rabiulakhir 1448H / 8 Oktober 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Seksyen Kualiti, Unit Kualiti dan Keselamatan Pesakit, mengadakan Forum Compassionate Health Care...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X