Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Produk Kosmetik Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Produk Kosmetik Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

January 29, 2026

Khamis, 10 Syaaban 1447H / 29 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan SATU produk kosmetik yang mana hasil dari ujian makmal Bahagian Farmasi, Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan telah mendapati bahawa produk tersebut dicemari dengan bahan terlarang/ bahan racun berjadual yang tersenarai didalam Akta Racun 1956 yang tidak diisytiharkan.

 

Produk kosmetik tercemar yang berkenaan adalah seperti berikut:

No.

Nama Produk

Pengilang

Dicemari dengan

1

Rose White & Natural Cream Moisturizer

Tidak dinyatakan

Merkuri

 

Bahan pencemar dalam produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.

 

Merkuri adalah bahan yang dilarang dalam produk kosmetik seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik) 2007.

 

Penggunaan merkuri di dalam produk kosmetik adalah dilarang kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Tahap merkuri yang tinggi atau pendedahan yang kerap boleh meyebabkan kulit kebas, sakit kepala, ruam, perubahan warna kulit serta kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Anak damit  dan kanak-kanak kecil boleh terdedah dengan kesan sampingan dari pengguna dan boleh menggangu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau anak damit yang belum dilahirkan.

 

Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan untuk penjualan produk tersebut dan/atau mengeluarkan Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik bagi penjualan produk tersebut. Berikutan dapatan ini, produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam.

 

Orang ramai yang telah menggunakan produk tersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan penggunaannya dengan serta merta. Jika mereka mengalami kesan advers dan merasa tidak sihat selepas menggunakan produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera. 

 

Penjualan produk tersebut (termasuk penjualan secara online seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007 dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi $5000, penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama dari orang ramai untuk melaporkan kepada Bahagian Komplians dan Perlesenan jika mendapati produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini.

 

Untuk maklumat dan perhubungan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Komplians dan Perlesenan melalui talian telefon 2393301 sambungan 208; menghantar e-mel kepada pharmacy.enforcement@moh.gov.bn; berjumpa terus Pegawai Komplians dan Perlesenan di Tingkat 1, Bangunan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kg Madaras, Mukim Gadong A; atau hubungi Talian Darussalam 123.

-TAMAT-

  

Rujukan         : KK/JDP/PR 3/3

Other News Highlights

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan (17th ASEAN Health Ministers Meeting And Related Meetings) telah bersidang di Kuala Lumpur, Malaysia pada...

Health Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public to five (5)...

Cosmetic Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public on ONE cosmetic...

Nasihat Kesihatan Semasa Jerebu

Selasa, 1 September 2026M / 19 Rabiulawal 1448H – Berikutan dengan Siaran Akhbar Bersama mengenai situasi jerebu di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan pada...

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2026 Bagi Daerah Temburong

Rabu, 13 Rabiulawal 1448H bersamaan 26 Ogos 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Sambutan...

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masehi

Sabtu, 16 Rabiulawal 1448H / 29 Ogos 2026M – Jabatan Perkhidmatan Pergigian dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulud Nabi...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X