Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Bertadarus Dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Bagi Warga Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

Majlis Bertadarus Dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Bagi Warga Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

February 28, 2026

Sabtu, 10 Ramadhan 1447H bersamaan 28 Februari 2026M – Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha mengadakan Majlis Bertadarus dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim bagi Warga Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha sempena bulan Ramadhan 1447H/2026M bertempat di Surau Nuurul ‘Inayah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Seterusnya, Tadarus Al-Quran (Juzuk 7 hingga Juzuk 17), Bacaan Tahlil serta Doa Arwah dan juga Bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Ahmad Syuja’ie bin Begawan Mudim Haji Metassim, Pegawai Pelajaran, Unit Perkhidmatan Ugama, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Majlis diteruskan dengan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim kepada 21 orang penerima yang terdiri daripada warga Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

 

Majlis Bertadarus ini merupakan salah satu aktiviti keagamaan tahunan yang diadakan secara bergilir di keempat-empat daerah di Negara Brunei Darussalam. Ia bertujuan untuk menyemarakkan lagi keberkatan bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran serta menghayati maknanya. Selain meningkatkan amalan ibadah, majlis ini juga berperanan dalam mengukuhkan ukhuwah Islamiah dan mempereratkan hubungan silaturahim antara warga Kementerian Kesihatan dan warga Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

 

Di samping itu, bertadarus juga memberikan peluang kepada para peserta untuk mendalami ilmu tajwid, memperbaiki bacaan Al-Quran, serta menanamkan nilai-nilai kesabaran dan kesatuan dalam kalangan kakitangan. Aktiviti ini bukan sahaja menjadi wadah untuk menyuburkan kecintaan terhadap Al-Quran, ianya juga mencerminkan semangat kebersamaan dalam mengamalkan ajaran Islam sebagai panduan kehidupan seharian.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Ketua-Ketua Jabatan, beserta pegawai-pegawai dan kakitangan di hospital berkenaan.

 – T A M A T –

 

 

Tarikh:           10 Ramadhan 1447H / 28 Februari 2026M

Rujukan:         CSR/PR/2026

Other News Highlights

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan (17th ASEAN Health Ministers Meeting And Related Meetings) telah bersidang di Kuala Lumpur, Malaysia pada...

Health Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public to five (5)...

Cosmetic Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public on ONE cosmetic...

Nasihat Kesihatan Semasa Jerebu

Selasa, 1 September 2026M / 19 Rabiulawal 1448H – Berikutan dengan Siaran Akhbar Bersama mengenai situasi jerebu di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan pada...

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2026 Bagi Daerah Temburong

Rabu, 13 Rabiulawal 1448H bersamaan 26 Ogos 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Sambutan...

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masehi

Sabtu, 16 Rabiulawal 1448H / 29 Ogos 2026M – Jabatan Perkhidmatan Pergigian dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulud Nabi...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X