Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Sembahyang Fardhu Zohor Berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat, Membaca Tahlil Dan Doa Khusus Sempena Sambutan Hari Jururawat Dan Bidan Antarabangsa Tahun 2026

Majlis Sembahyang Fardhu Zohor Berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat, Membaca Tahlil Dan Doa Khusus Sempena Sambutan Hari Jururawat Dan Bidan Antarabangsa Tahun 2026

May 12, 2026

Selasa, 24 Zulkaedah 1447H / 12 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan mengadakan Sembahyang Fardhu Zohor berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat, membaca Tahlil dan doa khusus sempena Sambutan Hari Jururawat Dan Bidan Antarabangsa Tahun 2026/1447H. Majlis diadakan di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks Pejabat Jabatan Perdana Menteri.

 

Tetamu Kehormat di majlis ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Objektif sambutan ini adalah untuk memperingati dan menghargai jasa serta sumbangan para jururawat dan bidan di Negara Brunei Darussalam, di samping memperkukuhkan perpaduan, kerjasama dan profesionalisme dalam bidang kejururawatan dan perbidanan merangkumi sektor kerajaan, swasta, institusi pendidikan kejururawatan serta persatuan-persatuan kejururawatan. Sambutan ini juga berperanan sebagai platform untuk memperkasa kepimpinan serta meningkatkan keselamatan dan kualiti perkhidmatan kejururawatan dan perbidanan agar terus berdaya tahan, inovatif dan proaktif dalam mendukung penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi, selaras dengan nilai-nilai agama, etika profesional dan falsafah Melayu Islam Beraja.

 

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Zohor Berjemaah dan Sembahyang Sunat Hajat diikuti dengan Tahlil. Majlis diakhiri dengan Doa Khas sempena Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2026 oleh Yang Mulia Haji Mohammad Izzat Izzuddin Bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran, Pegawai Hal Ehwal Masjid.

 

Turut hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Dr Hjh Rafidah binti Hj Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Pg Hj Mohammad Khiruddin bin Pg Hj Yusoff, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai serta kakitangan Kementerian Kesihatan.

 

 – T A M A T –

Rujukan:        KK/PR/3/1

Other News Highlights

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan (17th ASEAN Health Ministers Meeting And Related Meetings) telah bersidang di Kuala Lumpur, Malaysia pada...

Health Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public to five (5)...

Cosmetic Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public on ONE cosmetic...

Nasihat Kesihatan Semasa Jerebu

Selasa, 1 September 2026M / 19 Rabiulawal 1448H – Berikutan dengan Siaran Akhbar Bersama mengenai situasi jerebu di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan pada...

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2026 Bagi Daerah Temburong

Rabu, 13 Rabiulawal 1448H bersamaan 26 Ogos 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Sambutan...

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masehi

Sabtu, 16 Rabiulawal 1448H / 29 Ogos 2026M – Jabatan Perkhidmatan Pergigian dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulud Nabi...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X