Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Sesi Perjumpaan Dan Dialog Bersama Pelajar-Pelajar Dalam Bidang Perubatan, Pergigian, Kejururawatan, Farmasi Dan Profesional Kesihatan Bersekutu (Allied Health Professional) Serta Doktor-Doktor Yang Mengikuti Latihan Kepakaran, 23 Mei 2026, Glasgow, United Kingdom

Sesi Perjumpaan Dan Dialog Bersama Pelajar-Pelajar Dalam Bidang Perubatan, Pergigian, Kejururawatan, Farmasi Dan Profesional Kesihatan Bersekutu (Allied Health Professional) Serta Doktor-Doktor Yang Mengikuti Latihan Kepakaran, 23 Mei 2026, Glasgow, United Kingdom

May 26, 2026

Isnin, 7 Zulhijjah 1447H / 25 Mei 2026 – Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dr Hjh Rafidah binti Hj Gharif, telah berkesempatan untuk menghadiri satu perjumpaan dan sesi dialog bersama penuntut-penuntut bidang perubatan,  pergigian, kejururawatan, farmasi dan profesional kesihatan bersekutu (allied health professional) serta doktor-doktor yang sedang mengikuti latihan kepakaran,di kota Glasgow, Scotland, United Kingdom pada hari Sabtu, 23 Mei 2026. Sesi berkenaan diadakan sebagai platform interaksi dan perkongsian pandangan antara pihak Kementerian Kesihatan dengan para pelajar Brunei yang sedang menuntut di luar negara, khususnya dalam bidang strategik yang berkaitan dengan pembangunan sistem penjagaan kesihatan negara.

 

Dalam sesi tersebut, Yang Mulia Dr. Hajah Rafidah binti Haji Gharif menekankan beberapa isu penting yang berkait rapat dengan hala tuju serta keperluan semasa sektor kesihatan negara. Antaranya ialah kapasiti tenaga kerja tempatan dalam bidang perubatan dan kesihatan yang belum mencukupi bagi menampung penyediaan perkhidmatan kesihatan seluruhnya di negara ini.  Sehubungan itu, beliau mengingatkan para pelajar mengenai pelaburan besar yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi membiayai pendidikan dan latihan dalam bidang yang berkaitan dengan kesihatan, yang melibatkan kos yang amat tinggi demi memastikan negara memiliki sumber tenaga profesional yang berkelayakan, kompeten dan berdaya saing.

 

Yang Mulia Pemangku Setiausaha Tetap juga turut menegaskan bahawa peluang menimba ilmu dan menjalani latihan di institusi-institusi terkemuka di luar negara merupakan satu keistimewaan yang harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar. Pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang diperoleh sepanjang tempoh pengajian bukan sahaja memberi pendedahan kepada teknik, prosedur klinikal serta teknologi perubatan terkini, malah berupaya memperkayakan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan di negara ini pada masa hadapan. Beliau seterusnya menyatakan bahawa kepakaran dan pengalaman antarabangsa yang dibawa pulang oleh para graduan kelak akan menjadi pemangkin penting kepada usaha transformasi dan penambahbaikan berterusan sistem penjagaan kesihatan negara, selaras dengan piawaian serta amalan terbaik kesihatan di peringkat antarabangsa.

 

Dalam pada itu, pelajar-pelajar dan doctor-doktor juga turut di seru agar sentiasa mengekalkan imej profesionalisme yang tinggi serta mengamalkan nilai integriti, disiplin dan etika kerja yang cemerlang sepanjang tempoh pengajian dan latihan klinikal mereka. Beliau menekankan bahawa profesion perubatan bukan sahaja menuntut kecemerlangan akademik dan teknikal, malah memerlukan sifat empati, belas ihsan dan kepekaan dalam berinteraksi dengan pesakit serta masyarakat umum, dimasa yang sama untuk sentiasa menjaga kesihatan mereka sendiri dari segi fizikal, mental dan psikologikal. Menurut beliau, para pelajar merupakan aset berharga negara dan bakal memainkan peranan penting sebagai barisan hadapan dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta penduduk Negara Brunei Darussalam.

 

Di akhir sesi tersebut, Yang Mulia Dr. Hajah Rafidah binti Haji Gharif turut menyuarakan harapan agar para pelajar akan kembali berkhidmat di tanah air setelah menamatkan pengajian masing-masing, seterusnya menyumbang kepakaran dan tenaga dalam memperkukuhkan sistem penjagaan kesihatan negara. Beliau menegaskan bahawa komitmen serta dedikasi generasi profesional kesihatan masa depan amat penting dalam merealisasikan aspirasi negara ke arah sistem kesihatan yang mampan, progresif dan berdaya tahan.

 

Sesi dialog berkenaan telah disertai oleh seramai 110 orang pelajar, termasuk 35 orang yang mengikuti sesi tersebut secara dalam talian. Perjumpaan dan sesi perkongsian yang diungkayahkan ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam dalam memperkukuhkan hubungan dan jaringan komunikasi bersama para pelajar Brunei di luar negara, khususnya dalam bidang perubatan dan kesihatan. Inisiatif seumpama ini juga merupakan satu pelaburan strategik negara dalam membentuk generasi profesional kesihatan yang berkualiti, berwibawa dan berdaya saing demi menjamin masa depan sistem penjagaan kesihatan negara yang lebih cemerlang.

 

-TAMAT-

                                                                                      

Rujukan:      KK/JDP/PR 3

Other News Highlights

Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2026 bagi Daerah Belait

Sabtu, 18 Muharram 1448H / 4 Julai 2026 – Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait telah mengadakan Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2025...

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Selasa, 14 Muharram 1448H / 30 Jun 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan satu (1) produk kesihatan seperti...

Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam Pingat Kerja Lama (PKL) Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-79 Tahun

Sabtu, 11 Muharram 1448H / 27 Jun 2026M – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Penyampaian Pingkat Kerja Lama (PKL) Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli...

Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1446 Dan Doa Selamat Kepulangan Bithah Haji Perubatan & Jemaah Haji Kementerian Kesihatan Bagi Musim Haji 1447H

Rabu, 08 Muharram 1448H / 24 Jun 2026M – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1447H dan Doa Kesyukuran bagi Kepulangan Rombongan...

Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) Di Antara Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam Dan Kementerian Kesihatan Republik Indonesia Dalam Bidang Kerjasama Kesihatan

Sabtu, 04 Muharram 1448H / 20 Jun 2026 – Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Kesihatan Republik Indonesia hari ini mendatangani Memorandum Persefahaman...

Kementerian Kesihatan dan Dst Managed Services Sdn Bhd (DMS) Menandatangani Perjanjian Penyediaan Tenaga Kerja Bagi Health, Safety And Environment (HSE) Unit Di Bawah Kementerian Kesihatan

Rabu, 23 Zulhijjah 1447H / 09 Jun 2026M – Kementerian Kesihatan dan DST Managed Services Sdn Bhd (DMS) telah mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian bagi...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X