Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Mesyuarat Sesi Lembaga Eksekutif Ke-159 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (159th Session Executive Board Of The World Health Organisation) 25 – 26 Mei 2026, Geneva, Switzerland

Mesyuarat Sesi Lembaga Eksekutif Ke-159 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (159th Session Executive Board Of The World Health Organisation) 25 – 26 Mei 2026, Geneva, Switzerland

May 27, 2026

Rabu, 9 Zulhijjah 1447H / 27 Mei 2026 – Negara-negara ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (Executive Board – EB, of the World Health Organisation – WHO) telahpun menghadiri Mesyuarat Lembaga Eksekutif sesi ke-159 yang berlangsung di Geneva, Switzerland dari 25 hingga 26 Mei 2026.

 

Delegasi Negara Brunei Darussalam ke Mesyuarat tersebut diketuai oleh Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, bersama beberapa orang pegawai kanan Kementerian Kesihatan.

 

Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia terdiri daripada 34 negara ahli yang dilantik untuk penggal selama tiga tahun melalui persetujuan jawatankuasa setiap rantau WHO. Lembaga ini bersidang dua kali setahun, di mana mesyuarat pertama diadakan pada awal tahun untuk memuktamadkan agenda serta deraf keputusan dan resolusi yang akan dibentangkan semasa Perhimpunan Kesihatan Sedunia (World Health Assembly – WHA). Mesyuarat kedua pula diadakan pada bulan Mei hingga Jun selepas selesai WHA bagi melaksanakan keputusan dan dasar yang telah dipersetujui, serta memberikan hala tuju strategik dalam memperkukuhkan pelaksanaan fungsi WHO secara menyeluruh.

 

Negara Brunei Darussalam kini masih dalam tempoh keahlian Lembaga Eksekutif bagi penggal Mei 2024 hingga Mei 2027, selaku  satu dari lima negara yang mewakili Rantau Pasifik Barat WHO. Mesyuarat Lembaga Eksekutif (EB159) pada kali ini telah membincangkan pelbagai perkara utama termasuk hasil WHA79, laporan Programme, Budget and Administration Committee of the Executive Board (PBAC), laporan Standing Committee on Health Emergency Prevention, Preparedness and Response (SCHEPPR), serta isu-isu berkaitan pengurusan, tadbir urus dan kewangan. Selaku ahli Lembaga Eksekutif, Negara Brunei Darussalam turut dilantik sebagai ahli SCHEPPR.

 

–    T    A    M    A    T    –

Rujukan:  KK/JDP/PR 3

Other News Highlights

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan (17th ASEAN Health Ministers Meeting And Related Meetings) telah bersidang di Kuala Lumpur, Malaysia pada...

Health Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public to five (5)...

Cosmetic Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public on ONE cosmetic...

Nasihat Kesihatan Semasa Jerebu

Selasa, 1 September 2026M / 19 Rabiulawal 1448H – Berikutan dengan Siaran Akhbar Bersama mengenai situasi jerebu di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan pada...

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2026 Bagi Daerah Temburong

Rabu, 13 Rabiulawal 1448H bersamaan 26 Ogos 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Sambutan...

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masehi

Sabtu, 16 Rabiulawal 1448H / 29 Ogos 2026M – Jabatan Perkhidmatan Pergigian dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulud Nabi...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X