Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam Pingat Kerja Lama (PKL) Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-79 Tahun

Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam Pingat Kerja Lama (PKL) Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-79 Tahun

June 29, 2026

Sabtu, 11 Muharram 1448H / 27 Jun 2026M – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Penyampaian Pingkat Kerja Lama (PKL) Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-79 Tahun bagi Tahun 2025 pada hari ini bertempat di Dewan Al-‘Afiah Kementerian Kesihatan.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Ustaz Ahmad Syuja’iee bin Begawan Mudim Haji Matassim, Unit Perkhidmatan Ugama, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Majlis diteruskan dengan penyampaian Pingat Kerja Lama (PKL) oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

 

Pada tahun ini, seramai 210 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan menerima Pingat Kerja Lama (PKL) bagi Tahun 2025. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap kesetiaan, dedikasi serta pengorbanan para penerima yang telah mencurahkan khidmat bakti mereka dengan penuh komitmen dan profesionalisme sepanjang tempoh perkhidmatan. Sumbangan mereka bukan sahaja memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan negara, malah turut memberi impak yang bermakna kepada kesejahteraan dan kualiti kehidupan masyarakat di Negara Brunei Darussalam.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr. Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Yang Mulia Pengiran Dr Haji Mohd Khalifah bin Pengiran Haji Ismail, Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Ketua-ketua Jabatan, beserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

– T A M A T –

 

Rujukan: KK/PR/3/1

Other News Highlights

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan (17th ASEAN Health Ministers Meeting And Related Meetings) telah bersidang di Kuala Lumpur, Malaysia pada...

Health Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public to five (5)...

Cosmetic Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public on ONE cosmetic...

Nasihat Kesihatan Semasa Jerebu

Selasa, 1 September 2026M / 19 Rabiulawal 1448H – Berikutan dengan Siaran Akhbar Bersama mengenai situasi jerebu di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan pada...

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2026 Bagi Daerah Temburong

Rabu, 13 Rabiulawal 1448H bersamaan 26 Ogos 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Sambutan...

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masehi

Sabtu, 16 Rabiulawal 1448H / 29 Ogos 2026M – Jabatan Perkhidmatan Pergigian dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulud Nabi...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X