Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2026 bagi Daerah Belait

Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2026 bagi Daerah Belait

July 7, 2026

Sabtu, 18 Muharram 1448H / 4 Julai 2026 – Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait telah mengadakan Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2025 bagi Daerah Belait. Hari Jururawat Antarabangsa atau International Nurses Day (IND) pada lazimnya disambut pada 12hb Mei dan Hari Bidan Antarabangsa atau International Day of Midwife (IDM) disambut pada 5hb Mei setiap tahun.

 

Pada tahun ini tema bagi Hari Jururawat Antarabangsa 2026 telah dipilih oleh International Council of Nurses (ICN) ialah Our Nurses. Our Future. Empowered Nurses Save Lives. Sementara itu, Tema Hari Perbidanan Antarabangsa tema bagi tahun ini: One Million More Midwives. Tema yang diketengahkan oleh Komuniti Kejururawatan dan Perbidanan Antarabangsa pada tahun ini memberikan penekanan kepada kepentingan memperkasakan tenaga kerja kejururawatan dan perbidanan sebagai tunjang utama sistem kesihatan negara. Tema pada tahun ini juga menekankan bahawa pelaburan terhadap pembangunan profesional, kesejahteraan mental dan fizikal, keselamatan tempat kerja serta peluang pembangunan kerjaya adalah penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan mampan.

 

Objektif sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa pada tahun ini adalah sebagai satu platform untuk menghargai sumbangan para jururawat dan bidan, mengukuhkan semangat kerjasama antara warga kejururawatan dan perbidanan, serta memupuk budaya kerja yang positif dan berdaya tahan. Sambutan ini juga diharap dapat meningkatkan motivasi, profesionalisme dan kesejahteraan warga kejururawatan dan perbidanan dalam mendukung visi serta misi perkhidmatan kesihatan negara.

 

Tetamu Kehormat di majlis ini ialah Yang Mula Awang Haji Salehkamal bin Haji Badarudin, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Kejururawatan, Kementerian Kesihatan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Ustaz Haji Md Ali Omar, Ketua Guru Ugama dan diteruskan dengan menyaksikan  tayangan video sempena Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2026.

 

Antara aktiviti-aktiviti lain semasa sambutan berkenaan ialah mini pameran dan booth jualan makanan dan minuman yang diadakan di Ruang Legar Klinik Pakar (Aras Bawah), Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai serta Kakitangan Hospital Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.

 

-TAMAT-

 

 

Rujukan:        KK/PR/3/1

Other News Highlights

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan (17th ASEAN Health Ministers Meeting And Related Meetings) telah bersidang di Kuala Lumpur, Malaysia pada...

Health Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public to five (5)...

Cosmetic Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public on ONE cosmetic...

Nasihat Kesihatan Semasa Jerebu

Selasa, 1 September 2026M / 19 Rabiulawal 1448H – Berikutan dengan Siaran Akhbar Bersama mengenai situasi jerebu di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan pada...

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2026 Bagi Daerah Temburong

Rabu, 13 Rabiulawal 1448H bersamaan 26 Ogos 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Sambutan...

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masehi

Sabtu, 16 Rabiulawal 1448H / 29 Ogos 2026M – Jabatan Perkhidmatan Pergigian dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulud Nabi...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X