Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Mesyuarat Sesi Lembaga Eksekutif Ke-156 Pertubuhan Kesihatan Sedunia

Mesyuarat Sesi Lembaga Eksekutif Ke-156 Pertubuhan Kesihatan Sedunia

February 10, 2025

Menteri-Menteri Kesihatan dan wakil-wakil dari beberapa negara ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia [Executive Board (EB) of the World Health Organisation (WHO)] telahpun menghadiri Mesyuarat Eksekutif sesi ke 156 yang berlangsung di Geneva, Switzerland, bermula pada 03 hingga 11 Februari 2025.

Delegasi Negara Brunei Darussalam ke Mesyuarat tersebut diketuai oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan yang juga disertai oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin dan beberapa pegawai kanan dari Kementerian Kesihatan serta Perwakilan Tetap Negara Brunei Darussalam ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland.

Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia adalah terdiri daripada 34 negara ahli yang dilantik mewakili ke enam rantau WHO untuk penggal tiga tahun. Mesyuarat-mesyuarat EB diadakan dua tahun sekali, iaitu yang pertama pada awal tahun bagi Lembaga untuk membincangkan dan bersepakat mengenai agenda-agenda serta resolusi dan keputusan yang akan dipertimbangkan oleh Perhimpunan Kesihatan Sedunia [World Health Assembly (WHA)] untuk tahun tersebut; manakala mesyuarat kedua berlangsung setiap Mei-Jun iaitu menyusul kepada selesainya sesi Perhimpunan Kesihatan Sedunia, di mana ianya berfungsi untuk melaksanakan keputusan dan dasar WHA yang telahpun diluluskan, dan juga memberikan panduan bagi memudahkan kerja WHO secara amnya.

Semasa persidangan Kesihatan Sedunia WHA77 pada tahun lepas, Negara Brunei Darussalam telahpun diterima untuk menjadi ahli kepada Lembaga Eksekutif selaku salah satu wakil negara-negara ahli dari Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation Western Pacific Region) untuk terma 3 tahun daripada 2024 – 2027.

Mesyuarat Lembaga EB156 kali ini telahpun meneliti agenda-agenda am termasuk laporan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, laporan Jawatankuasa-jawatankuasa Serantau ke Lembaga Eksekutif (Report of the regional committees to the Executive Board) dan laporan Jawatankuasa Program, Belanjawan dan Pentadbiran Lembaga Eksekutif (Report of the Programme. Budget and Administration Committee of the Executive Board), pengurusan dan tadbir urus, pembiayaan dan pelaksanaan peruntukkan/belanjawan program bagi tahun kewangan 2024-2025 serta cadangan peruntukkan/belanjawan bagi tahun 2026-2027.

Selain dari itu, sesi mesyuarat juga membincangkan agenda-agenda pentadbiran dan teknikal yang dibincangkan di bawah beberapa tunggak (pillar) yang mana beberapa cadangan resolusi (resolutions) dan keputusan (decisions) juga telah diteliti untuk dibincangkan dan dipertimbangkan nanti semasa Perhimpunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia Kali Ke-78 (WHA-78) pada bulan Mei tahun 2025 ini. Beberapa deraf resolusi dan keputusan telah dibentangkan semasa Sesi EB-156 ini untuk diteliti dan dipertimbangkan bagi dikemukakan nanti di WHA-78 yang mana Negara Brunei Darussalam telah menyokong sama (Co-sponsor) satu resolusi yang dicadangkan oleh negara Malaysia iaitu Promoting and Prioritizing Integrated Lung Health Approach.

Semasa di Geneva, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar juga berkesempatan untuk membuat perbincangan dua hala dengan Yang Berhormat Abdulla Nazim Ibrahim, Menteri Kesihatan Maldives mengenai kerjasama bidang kesihatan yang berkepentingan di antara kedua buah negara dan serantau.

– T A M A T –

Bertarikh: 06 Syaaban 1446H / 05 Februari 2025
Rujukan: KK/PR/3/1

Other News Highlights

Majlis Penyerahan Dua Buah Ambulans Penjagaan Intensif Dengan Tekanan Negatif

Selasa, 27 Jamadilawal 1447H / 18 November 2025 – Kementerian Kesihatan hari ini mengadakan Majlis Penyerahan dua (2) buah Ambulans Penjagaan Intensif Dengan Tekanan...

Sambutan Hari Diabetis Sedunia 2025 bagi Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait

Isnin, 26 Jamadilawal 1447H / 17 November 2025 – Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait telah mengadakan Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2025 bagi Daerah...

Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2025

Ahad, 25 Jamadilawal 1447H / 16 November 2025 – Bersempena dengan Hari Diabetes Sedunia 2025, Pusat Promosi Kesihatan (HPC) dengan kerjasama Pusat Endokrin, Hospital...

Majlis Doa’ Selamat, Berdikir Sebelum Berkhatan Bagi Hospital SSB, Kuala Belait Bagi Tahun 1447H/2025M

Khamis, 22 Jamadilawal 1447H / 13 November 2025 – Dalam masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam, berkhatan lazimnya dilaksanakan ketika kanak-kanak berumur 5 hingga...

The 40th Meeting of The Pharmaceutical Product Working Group (PPWG) and Its Related Meetings

Wednesday, 21 Jamadilawal 1447H / 12 November 2025 – The Ministry of Health held the 40th Meeting of the Pharmaceutical Product Working Group (PPWG)...

Majlis Penutup Kursus Induksi Bagi Pegawai-Pegawai Tempatan Baharu Berkhidmat Di Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 2025

Sabtu, 11 Jamadilawal 1447H / 1 November 2025M – Kementerian Kesihatan hari ini telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Induksi bagi Pegawai-pegawai Tempatan Baharu Berkhidmat...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2025 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search