Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Kohort Ketiga Majlis Global Mengenai Matlamat Pembangunan Mampan

Kohort Ketiga Majlis Global Mengenai Matlamat Pembangunan Mampan

February 15, 2025

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan telah menghadiri Kohort Ketiga Majlis Global Mengenai Matlamat Pembangunan Mampan dan telah diberi penghormatan untuk menjadi Pengerusi Majlis Global yang memberi tumpuan kepada Matlamat Pembangunan Mampan 3: Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik (Chairperson of the Global Council focusing on SDG 3: Good Health and Well-Being) pada Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2025 (World Governments Summit 2025) yang berlangsung pada 11-13 Februari 2025 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Majlis Global Mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) berkenaan, yang telah ditubuhkan pada tahun 2018, bertujuan untuk menginspirasikan tindakan di seluruh dunia ke arah menggalakkan pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan memberikan platform kerjasama untuk menyelia projek inovatif dan membincangkan idea kreatif ke arah pelaksanaan tujuhbelas (17) Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di peringkat nasional dan global. Di samping itu ianya juga memberi ruang bagi menganalisa, mengukur impak, dan melaporkan kemajuan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) setiap tahun yang diharapkan akan dapat mengukuhkan kerjasama global ke arah mencapai Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan (The 2030 Agenda For Sustainable Development), khususnya untuk membina semula dengan lebih baik sebagai tindak balas pasca pandemik COVID19.

Beberapa Pemimpin Negara dan Perdana Menteri telah hadir semasa Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2025 (World Governments Summit 2025) yang bertemakan ‘Shaping Future Governments’ termasuk Tuan Yang Terutama Gustavo Petro Urrego, Presiden Republik Colombia; Tuan Yang Terutama Wavel Ramkalawan, Presiden Seychelles; Tuan Yang Terutama Andrzej Duda, Presiden Republik Poland; His Highness Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah, Perdana Menteri Kuwait dan Tuan Yang Terutama Masrour Barzani, Perdana Menteri Kurdistan.

Manakala Kohort Ketiga Majlis Global Mengenai Matlamat Pembangunan Mampan telah dihadiri oleh Menteri-Menteri yang telah diundang untuk menjadi pengerusi (Chairperson) bagi setiap 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) termasuk Tuan Yang Terutama Le Thanh Long, Timbalan Perdana Menteri, Vietnam; Tuan Yang Terutama Thoriq Ibrahim, Menteri  Perubahan Iklim, Alam Sekitar dan Tenaga, Maldives; Yang Berhormat Savannah Maziya, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Teknologi, Eswatini; Yang Berhormat Hon. Adrian R. Forde, M.P. Menteri Alam Sekitar dan Pengindahan Negara, Ekonomi Hijau dan Biru, Barbados; serta Puan Yang Terutama, Ohood Khalfan Al Roumi, selaku Presiden Majlis Global Mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan Menteri Negara bagi Pembangunan Kerajaan dan Masa Depan, Emiriah Arab Bersatu.

Kohort Ketiga Majlis Global Mengenai Matlamat Pembangunan Mampan tersebut adalah salah satu acara yang dijadualkan dalam program SDGs in Action 2025 “Envisioning 2045: Inclusive Pathways to Sustainable Development” semasa Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2025 (World Governments Summit 2025) yang telah berlangsung selama 3 hari, di mana Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga telah dijemput untuk menyertai beberapa acara lain termasuk sesi XDGs 2045 Ministerial Roundtable, SDGs in Action Forum dan Global Health Forum.

Semasa sesi XDGs 2045 Ministerial Roundtable, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah menyertai perbincangan mengenai masa depan selepas Matlamat Pembangunan Mampan (SGDs) 2015-2030, termasuk menerokai strategi jangka panjang dan rangka kerja inovatif untuk membimbing agenda pembangunan global, membincangkan mekanisme untuk meningkatkan kerjasama di kalangan kerajaan, sektor swasta, NGO dan organisasi antarabangsa, dan mengenalpasti inovasi transformatif yang boleh memacu kemajuan ke arah XDGs 2045.

Sementara itu, semasa sesi SDGs in Action Forum, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah dijemput untuk menjadi ahli panel bagi forum ‘Innovative Strategies for Universal Health Coverage and Reducing Health Inequalities’ yang mana perbincangan telah memfokuskan kepada meneroka strategi inovatif untuk mencapai liputan kesihatan sejagat (UHC) dan mengurangkan ketidaksamaan kesihatan. Pada sesi tersebut, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah mengetengahkan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam penjagaan kesihatan ke arah liputan kesihatan sejagat yang mampan termasuk kapasiti sumber manusia, peningkatan kos penjagaan kesihatan, peningkatan penyakit-penyakit tidak berjangkit dengan penuaan penduduk, serta mengongsikan pengalaman mengenai health digitisation yang dilaksanakan di Negara Brunei Darussalam termasuk penggunaan BruHealth dalam program saringan kebangsaan dalam usaha untuk mengukuhkan sistem kesihatan, memastikan akses penjagaan kesihatan yang saksama dan membina daya tahan terhadap penjagaan kesihatan untuk masa hadapan.

Manakala, semasa Global Health Forum, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah diundang untuk menjadi ahli panel bagi forum ‘From Vision to Reality’.
yang mana perbincangan telah memfokuskan kepada sistem penjagaan kesihatan dalam era pasca COVID dan visi untuk masa depan penjagaan kesihatan. Pada forum tersebut, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah mengongsikan mengenai inisiatif-inisiatif dan pencapaian Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam termasuk penggunaan AI dalam saringan diabetic retinopathy dan kanser payudara yang telah membantu menaiktaraf dan meningkatkan akses perkhidmatan saringan. Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga telah mengetengahkan potensi AI untuk membantu sistem kesihatan yang mempunyai cabaran tenaga kerja manusia dan untuk melihatnya sebagai  ‘enabler’ dan bukannya menggantikan manusia, dalam membangunkan sistem kesihatan yang berdaya tahan.

Semasa di UAE, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar juga berkesempatan untuk membuat perjumpaan dengan Dr. Amer Ahmad Sharif, CEO of Dubai Health / Dubai Academic Health Corporation and President of Mohammed Bin Rashid University of Medicine and Health Sciences (MBRU) bagi membincangkan peluang kerjasama dan kepentingan Bersama dalam membangun system kesihatan nasional dan global.

– T A M A T –

Bertarikh: 15 Syaaban 1446H / 14 Februari 2025
Rujukan: KK/PR/3/1

Other News Highlights

Majlis Penyampaian Pingat Kerja Lama (PKL) Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-78 Tahun Bagi Tahun 2024 Untuk Kementerian Kesihatan Dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya

Khamis, 29 Zulhijjah 1446H / 26 Jun 2025M – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Penyampaian Pingkat Kerja Lama (PKL) Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan...

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan Dua (2) produk kesihatan yang mana hasil dari ujian makmal Bahagian Farmasi, Jabatan Perkhidmatan...

Majlis Ibadah Korban Kementerian Kesihatan

Isnin, 12 Zulhijjah 1446H / 9 Jun 2025M – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi tahun ini, berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian...

The 6th Asean Health Cluster 3 – Strengthening Health System And Access To Care 3-5 June 2025

Tuesday, 6 Zulhijjah 1446H / 3 June 2025 – In alignment with the ASEAN Vision 2025 and the ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC) Blueprint 2025,...

Majlis Sembahyang Maghrib Berjemaah, Bacaan Surah Yasin Dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan 25 Tahun Desentralisasi Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi

Isnin, 06 Zulhijjah 1446H / 02 Jun 2025 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Sembahyang Maghrib Berjemaah, Bacaan Surah Yasin dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan...

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Sesi Perjumpaan Dan Dialog Bersama Bidang Perubatan, Pergigian, Kejururawatan, Farmasi Dan Profesional Kesihatan Bersekutu (Allied Health Professional) Serta Doktor-Doktor Yang Mengikuti Latihan Kepakaran 5 Jun 2024, London, United Kingdom

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam serta rombongan telah berkesempatan untuk menghadiri satu...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2025 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search