Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Program MOH Prihatin Kementerian Kesihatan1446H/2025M

Program MOH Prihatin Kementerian Kesihatan1446H/2025M

March 17, 2025

Ahad, 15 Ramadhan 1446H bersamaan 16 Mac 2025M – Kementerian Kesihatan mengadakan lawatan ke rumah-rumah pesakit yang kurang berkemampuan bagi menyampaikan sumbangan derma, barang-barang keperluan asasi dan peralatan perubatan kepada pesakit serta keluarga yang telah dikenal pasti dan berdaftar di Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan, Kementerian Kesihatan di keempat-empat Daerah.

Pada tahun ini, seramai 23 orang pesakit dan keluarga yang berdaftar di bawah Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan (Medical Social Worker Services) telah dikenal pasti bagi tujuan lawatan berkenaan. Rombongan lawatan tersebut dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu satu kumpulan rombongan di Daerah Brunei Muara, satu kumpulan rombongan di Daerah Belait, satu kumpulan rombongan di Daerah Tutong dan satu kumpulan rombongan di Daerah Temburong. Hanya 18 orang pesakit akan dikunjungi oleh rombongan Kementerian Kesihatan manakala 5 orang pesakit akan menerima sumbangan secara berasingan.

Rombongan lawatan bagi Daerah Brunei Muara diketuai oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan, yang melawat seramai 4 orang pesakit.

Di Daerah Belait, rombongan lawatan diketuai oleh Yang Mulia Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap, yang melawat seramai 4 orang pesakit; rombongan lawatan di Daerah Tutong pula diketuai oleh Yang Mulia Yang Mulia Dr Dayang Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), yang melawat seramai 8 orang pesakit. Manakala rombongan di Daerah Temburong pula diketuai oleh Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), yang melawat seramai 2 orang pesakit.

Program lawatan tersebut yang dikenali sebagai MoH Prihatin merupakan salah satu aktiviti kebajikan yang diungkayahkan oleh Kementerian Kesihatan melalui Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan (Medical Social Worker Services) bagi menyerahkan sumbangan yang terkumpul dari Tabung Bantuan Amal Pesakit Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan (Medical Social Worker Services) yang diperolehi dari sumbangan ikhlas daripada warga Kementerian Kesihatan, persatuan-persatuan bukan kerajaan, pihak swasta dan orang-orang persendirian.

Program MoH Prihatin ini juga turut disokong oleh Ketua-ketua Jabatan di Kementerian Kesihatan, pegawai-pegawai kanan; pegawai-pegawai perubatan; jururawat-jururawat; kakitangan Hospital; wakil-wakil dari Persatuan Kesihatan Bersekutu (Allied Health Association), Brunei Cardiac Society, Brunei Society of Anaesthesiologists (BSA), Brunei Medical Association (BMA), Brunei Paediatric Society (BPS), Brunei Darussalam Association of Medical Laboratory Scientists (BAMLS) dan RIPASH Doctors’ Mess, sumbangan persendirian daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan dan juga sumbangan daripada pihak swasta serta sokongan daripada syarikat korporat.

– TAMAT –

Tarikh:           15 Ramadhan 1446H /16 Mac 2025M

Rujukan:         KK/PR/3/1

 

Other News Highlights

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan (17th ASEAN Health Ministers Meeting And Related Meetings) telah bersidang di Kuala Lumpur, Malaysia pada...

Health Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public to five (5)...

Cosmetic Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public on ONE cosmetic...

Nasihat Kesihatan Semasa Jerebu

Selasa, 1 September 2026M / 19 Rabiulawal 1448H – Berikutan dengan Siaran Akhbar Bersama mengenai situasi jerebu di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan pada...

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2026 Bagi Daerah Temburong

Rabu, 13 Rabiulawal 1448H bersamaan 26 Ogos 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Sambutan...

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masehi

Sabtu, 16 Rabiulawal 1448H / 29 Ogos 2026M – Jabatan Perkhidmatan Pergigian dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulud Nabi...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X