Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Cabutan Bertuah dan Penghargaan Penaja bagi Kaji Selidik Status Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan (NHANSS-3) kali ke-3

Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Cabutan Bertuah dan Penghargaan Penaja bagi Kaji Selidik Status Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan (NHANSS-3) kali ke-3

April 19, 2025

Khamis, 18 Syawal 1446H / 17 April 2025 – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Cabutan Bertuah dan Penghargaan Penaja bagi Kaji Selidik Status Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan (NHANSS-3) kali ke-3 hari ini bertempat di Studio 2, Pusat Promosi Kesihatan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Pengarah Dasar dan Perancangan, Kementerian Kesihatan.

Majlis pada pagi ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada individu dan isi rumah yang telah melengkapkan semua komponen tinjauan dalam Fasa Kedua kajiselidik tersebut, dan layak untuk penyertaan dalam cabutan bertuah. Majlis ini juga bertujuan untuk mengetengahkan pencapaian tinjauan tersebut serta memberikan pengiktirafan kepada semua pihak penaja yang telah menyumbang kepada kejayaannya.

Fasa Kedua kajiselidik ini (November 2023 – November 2024) memfokuskan kepada kanak-kanak, remaja dan wanita, fasa ini menggunakan metodologi UNICEF untuk menilai status pemakanan dan kesihatan. Ia merangkumi lima set soal selidik berbeza yang ditujukan kepada ahli isi rumah tertentu, serta pengukuran antropometri dan biokimia. Penyertaan melibatkan temu bual bersemuka dan pengumpulan data bagi indikator seperti kesihatan ibu, pemakanan kanak-kanak dan faktor gaya hidup isi rumah.

Kaji Selidik Status Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan kali Ke-3 atau NHANSS-3 adalah kaji selidik yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan sokongan dari WHO dan UNICEF dan telah bermula sejak 2 November 2022.

Kaji selidik ini bertujuan untuk:

  • Memberikan gambaran penuh terhadap prevalen dan tren penyakit-penyakit tidak berjangkit (NCD) serta faktor risiko berkaitan termasuk penyakit darah tinggi, penyakit kencing manis, kadar kolesterol dalam darah yang tinggi, obesiti, penggunaan tembakau, amalan pemakanan dan pengambilan alcohol;
  • Menilai status kesihatan dan pemakanan penduduk Negara Brunei Darussalam termasuk golongan kanak-kanak dan para wanita.

Ini adalah kali ke-tiga Kementerian Kesihatan melaksanakan kaji selidik NHANSS dan hasil dari kaji selidik ini akan membantu Kementerian Kesihatan menilai keberkesanan strategi-strategi dan program-program kesihatan yang telah disediakan di negara ini dalam pencegahan dan pengawalan penyakit-penyakit tidak berjangkit dan faktor risiko berkaitan.

Kaji selidik ini juga akan dapat membantu Kementerian Kesihatan untuk menilai status kemajuan dalam mencapai sasaran dan matlamat berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan di peringkat negara, serantau dan global. Dengan hasil kaji selidik ini juga, Kementerian Kesihatan boleh membuat perancangan selanjutnya dalam menangani penyakit-penyakit yang tidak berjangkit serta faktor risiko berkaitan.

– T A M A T –

 

Tarikh:          18 Syawal 1446H / 16 April 2025M

Rujukan:        KK/PR/3/1

Other News Highlights

Majlis Penyerahan Dua Buah Ambulans Penjagaan Intensif Dengan Tekanan Negatif

Selasa, 27 Jamadilawal 1447H / 18 November 2025 – Kementerian Kesihatan hari ini mengadakan Majlis Penyerahan dua (2) buah Ambulans Penjagaan Intensif Dengan Tekanan...

Sambutan Hari Diabetis Sedunia 2025 bagi Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait

Isnin, 26 Jamadilawal 1447H / 17 November 2025 – Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait telah mengadakan Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2025 bagi Daerah...

Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2025

Ahad, 25 Jamadilawal 1447H / 16 November 2025 – Bersempena dengan Hari Diabetes Sedunia 2025, Pusat Promosi Kesihatan (HPC) dengan kerjasama Pusat Endokrin, Hospital...

Majlis Doa’ Selamat, Berdikir Sebelum Berkhatan Bagi Hospital SSB, Kuala Belait Bagi Tahun 1447H/2025M

Khamis, 22 Jamadilawal 1447H / 13 November 2025 – Dalam masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam, berkhatan lazimnya dilaksanakan ketika kanak-kanak berumur 5 hingga...

The 40th Meeting of The Pharmaceutical Product Working Group (PPWG) and Its Related Meetings

Wednesday, 21 Jamadilawal 1447H / 12 November 2025 – The Ministry of Health held the 40th Meeting of the Pharmaceutical Product Working Group (PPWG)...

Majlis Penutup Kursus Induksi Bagi Pegawai-Pegawai Tempatan Baharu Berkhidmat Di Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 2025

Sabtu, 11 Jamadilawal 1447H / 1 November 2025M – Kementerian Kesihatan hari ini telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Induksi bagi Pegawai-pegawai Tempatan Baharu Berkhidmat...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2025 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search