Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Gangguan Sistem Penghawa Dingin Di Pusat Kesihatan Berakas

Gangguan Sistem Penghawa Dingin Di Pusat Kesihatan Berakas

April 26, 2025

Sabtu, 26 Syawal 1446H bersamaan 26 April 2025M – Bagi memastikan usaha penambahbaikan yang berterusan, kemudahan yang selesa dan perkhidmatan yang terbaik diberikan di semua fasiliti kesihatan, Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Pusat Kesihatan Berakas pada masa kini sedang menjalani kerja-kerja pembaikan Sistem Penghawa Dingin (AHU).

Kerja-kerja pembaikan Sistem Penghawa Dingin Pusat Kesihatan berkenaan dijangkakan akan mengambil masa selama tiga (3) bulan sehingga bulan Julai untuk disiapkan sepenuhnya. Sepanjang tempoh ini, beberapa langkah sementara telah dilaksanakan bagi mengurangkan ketidakselesaan kepada para pesakit, pengunjung, dan kakitangan.

 

Sebagai usaha segera, beberapa penempatan kipas angin dan mesin penyejuk udara (coolers) telah ditempatkan di kawasan-kawasan yang terjejas. Usaha untuk mendapatkan tambahan peralatan penyejukan ini sedang dipergiat bagi memastikan suasana lebih selesa dapat dikekalkan sepanjang tempoh pembaikan berlangsung.

Di sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikan Sistem Penghawa Dingin (AHU) ini dijalankan, Kementerian Kesihatan memohon kerjasama para pengunjung untuk berhati-hati dan memberi perhatian terhadap sebarang arahan yang dikeluarkan demi keselamatan bersama. Kementerian turut menghargai kesabaran dan sokongan orang ramai sepanjang tempoh pembaikan ini.

Bagi sebarang maklumat terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan: www.moh.gov.bn atau media sosial rasmi Instagram Kementerian: @mohbrunei atau menghubungi Talian Darussalam 123.

– T A M A T –

 

Tarikh:           26 Syawal 1446H / 26 April 2025M

Rujukan:        KK/PR/3/1

Other News Highlights

Majlis Penyerahan Dua Buah Ambulans Penjagaan Intensif Dengan Tekanan Negatif

Selasa, 27 Jamadilawal 1447H / 18 November 2025 – Kementerian Kesihatan hari ini mengadakan Majlis Penyerahan dua (2) buah Ambulans Penjagaan Intensif Dengan Tekanan...

Sambutan Hari Diabetis Sedunia 2025 bagi Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait

Isnin, 26 Jamadilawal 1447H / 17 November 2025 – Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait telah mengadakan Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2025 bagi Daerah...

Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2025

Ahad, 25 Jamadilawal 1447H / 16 November 2025 – Bersempena dengan Hari Diabetes Sedunia 2025, Pusat Promosi Kesihatan (HPC) dengan kerjasama Pusat Endokrin, Hospital...

Majlis Doa’ Selamat, Berdikir Sebelum Berkhatan Bagi Hospital SSB, Kuala Belait Bagi Tahun 1447H/2025M

Khamis, 22 Jamadilawal 1447H / 13 November 2025 – Dalam masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam, berkhatan lazimnya dilaksanakan ketika kanak-kanak berumur 5 hingga...

The 40th Meeting of The Pharmaceutical Product Working Group (PPWG) and Its Related Meetings

Wednesday, 21 Jamadilawal 1447H / 12 November 2025 – The Ministry of Health held the 40th Meeting of the Pharmaceutical Product Working Group (PPWG)...

Majlis Penutup Kursus Induksi Bagi Pegawai-Pegawai Tempatan Baharu Berkhidmat Di Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 2025

Sabtu, 11 Jamadilawal 1447H / 1 November 2025M – Kementerian Kesihatan hari ini telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Induksi bagi Pegawai-pegawai Tempatan Baharu Berkhidmat...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2025 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search