Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Sembahyang Sunat Hajat dan Fardhu Asar Berjemaah, Tahlil Serta Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa Tahun 2025M/1446H

Majlis Sembahyang Sunat Hajat dan Fardhu Asar Berjemaah, Tahlil Serta Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa Tahun 2025M/1446H

May 13, 2025

Isnin, 14 Zulkaedah 1446H / 12 Mei 2025 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat dan Fardhu Asar Berjemaah, Tahlil Serta Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa Tahun 2025M/1446H. Majlis diadakan di Surau Nuurul Inayah’, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

 

Tetamu Kehormat di majlis ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Sunat Hajat dan Fardhu Asar Berjemaah, diikuti dengan Bacaan Surah Yassin serta Tahlil. Doa Khas sempena Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Ahmad Syujaie bin Begawan Mudim Haji Matassim Ketua Unit Perkhidmatan Ugama, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Majlis diakhiri dengan penyampaian empat (4) unit kipas angin yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis kepada Abdol Hazis bin Haji Ahad, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr. Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Yang Mulia Pengiran Dr Haji Khalifah bin Pengiran Haji Ismail, Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Ketua-ketua Jabatan, beserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

-T A M A T –

Tarikh:           14 Zulkaedah 1446H / 12 Mei 2025M

Rujukan:        KK/PR/3/1

Other News Highlights

Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MOU) Antara Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam Dan Fakulti Perubatan, Universiti Kagawa, Jepun

Selasa, 13 Safar 1448H / 28 Julai 2026 – Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam dan Fakulti Perubatan, Universiti Kagawa, Jepun hari ini mengadakan Majlis...

Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2026 bagi Daerah Belait

Sabtu, 18 Muharram 1448H / 4 Julai 2026 – Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait telah mengadakan Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2025...

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Selasa, 14 Muharram 1448H / 30 Jun 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan satu (1) produk kesihatan seperti...

Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam Pingat Kerja Lama (PKL) Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-79 Tahun

Sabtu, 11 Muharram 1448H / 27 Jun 2026M – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Penyampaian Pingkat Kerja Lama (PKL) Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli...

Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1446 Dan Doa Selamat Kepulangan Bithah Haji Perubatan & Jemaah Haji Kementerian Kesihatan Bagi Musim Haji 1447H

Rabu, 08 Muharram 1448H / 24 Jun 2026M – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1447H dan Doa Kesyukuran bagi Kepulangan Rombongan...

Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) Di Antara Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam Dan Kementerian Kesihatan Republik Indonesia Dalam Bidang Kerjasama Kesihatan

Sabtu, 04 Muharram 1448H / 20 Jun 2026 – Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Kesihatan Republik Indonesia hari ini mendatangani Memorandum Persefahaman...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X