Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 Di Negara Brunei Darussalam

Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 Di Negara Brunei Darussalam

May 24, 2025

Sebagai respons terhadap laporan terkini mengenai peningkatan jangkitan COVID-19 yang berlaku di rantau ini, Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan mengenai situasi terkini jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

 

COVID-19 ialah penyakit jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus SARS-CoV-2. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai Public Health Emergency of International Concern (PHEIC) pada 30 Januari 2020. Status pandemik tersebut telah diumumkan tamat pada 5 Mei 2023. Sejak itu, penularan global kekal rendah dan terus dipantau melalui pengawasan rutin.

 

Kebelakangan ini, beberapa buah negara di rantau ini termasuk Thailand, Malaysia dan Republik Singapura telah melaporkan peningkatan kes COVID-19 bermula sejak April 2025. Namun begitu, pada masa ini, tidak terdapat bukti bahawa varian yang sedang menular adalah lebih mudah berjangkit atau menyebabkan penyakit yang lebih teruk berbanding varian sebelumnya. Peningkatan kes mungkin disebabkan oleh tahap imuniti yang semakin menurun, peningkatan aktiviti perjalanan dan pengurangan ujian saringan. Walau bagaimanapun, situasi keseluruhan masih terkawal dan tidak membimbangkan.

 

Di Negara Brunei Darussalam, dari 1 Januari hingga 17 Mei 2025, sebanyak 594 kes COVID-19 telah dilaporkan, berbanding 10,085 kes dalam tempoh yang sama pada tahun 2024. Jumlah kemasukan ke hospital juga menunjukkan penurunan, iaitu sebanyak 36 kes pada tahun 2025 berbanding 344 kes pada tahun 2024. Tiada kematian dilaporkan setakat ini pada tahun 2025, manakala dua kematian direkodkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2024.

 

Menurut penilaian risiko terkini oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, risiko kesihatan awam global akibat jangkitan COVID-19 masih dianggap tinggi, walaupun impak keseluruhan terhadap sistem kesihatan terus berkurangan.

 

Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

  • Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun;
  • Menutup hidung dan mulut apabila batuk atau bersin;
  • Mengelakkan perjalanan atau interaksi sosial yang tidak perlu sekiranya awda berasa kurang sihat; dan
  • Memakai sungkup muka di kawasan sesak atau jika mempunyai gejala seperti hidung berair, sakit tekak, sakit kepala atau demam.

 

Kementerian Kesihatan juga ingin menasihatkan bagi individu-individu berisiko tinggi yang mengalami komplikasi serius akibat jangkitan, seperti warga emas berumur 60 tahun ke atas dan mereka yang menghidap penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, kencing manis dan sebagainya, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan suntikan dos vaksin tambahan dalam jangka masa setahun selepas suntikan dos terakhir mereka.

 

Kementerian Kesihatan akan terus memantau keadaan situasi COVID-19 di peringkat global dan serantau dengan lebih dekat serta menyesuaikan penilaian risiko dan langkah-langkah kesiapsiagaan di Negara Brunei Darussalam. Kementerian Kesihatan juga akan mengongsikan maklumat terkini kepada orang ramai dari semasa ke semasa. Untuk maklumat lanjut, orang ramai bolehlah melayari laman web Kementerian Kesihatan; www.moh.gov.bn atau aplikasi BruHealth.

-TAMAT-

 

Tarikh               :   23 Zulkaedah 1446H / 21 Mei 2025 

Rujukan             :   KK/PR/3/1

 

Other News Highlights

Majlis Ibadah Korban Kementerian Kesihatan

Isnin, 12 Zulhijjah 1446H / 9 Jun 2025M – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi tahun ini, berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian...

The 6th Asean Health Cluster 3 – Strengthening Health System And Access To Care 3-5 June 2025

Tuesday, 6 Zulhijjah 1446H / 3 June 2025 – In alignment with the ASEAN Vision 2025 and the ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC) Blueprint 2025,...

Majlis Sembahyang Maghrib Berjemaah, Bacaan Surah Yasin Dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan 25 Tahun Desentralisasi Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi

Isnin, 06 Zulhijjah 1446H / 02 Jun 2025 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Sembahyang Maghrib Berjemaah, Bacaan Surah Yasin dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan...

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Sesi Perjumpaan Dan Dialog Bersama Bidang Perubatan, Pergigian, Kejururawatan, Farmasi Dan Profesional Kesihatan Bersekutu (Allied Health Professional) Serta Doktor-Doktor Yang Mengikuti Latihan Kepakaran 5 Jun 2024, London, United Kingdom

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam serta rombongan telah berkesempatan untuk menghadiri satu...

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Meja Bulat Tahunan Kesihatan (Annual Health Roundtable) Anjuran Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum) 20-21 Mei 2025, Geneva, Switzerland

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan telah menghadiri program persidangan Meja Bulat Tahunan Kesihatan (Annual Health...

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke–78 (78th World Health Assembly) 19 Mei-27 Mei 2025, Geneva, Switzerland

Menteri-Menteri Kesihatan dan wakil-wakil dari negara-negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) menghadiri Perhimpunan Kesihatan Sedunia kali ke-78 (78th World Health...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2025 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search