Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Sesi Perjumpaan Dan Dialog Bersama Bidang Perubatan, Pergigian, Kejururawatan, Farmasi Dan Profesional Kesihatan Bersekutu (Allied Health Professional) Serta Doktor-Doktor Yang Mengikuti Latihan Kepakaran 5 Jun 2024, London, United Kingdom

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Sesi Perjumpaan Dan Dialog Bersama Bidang Perubatan, Pergigian, Kejururawatan, Farmasi Dan Profesional Kesihatan Bersekutu (Allied Health Professional) Serta Doktor-Doktor Yang Mengikuti Latihan Kepakaran 5 Jun 2024, London, United Kingdom

May 26, 2025

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam serta rombongan telah berkesempatan untuk menghadiri satu sesi perjumpaan ramah mesra dan dialog bersama penuntut-penuntut bidang perubatan, pergigian, kejururawatan, farmasi dan Profesional Kesihatan Bersekutu (Allied Health Professional) serta doktor-doktor yang mengikuti latihan kepakaran di United Kingdom dan Ireland pada hari Sabtu 24 Mei 2025.

 

Sesi tersebut yang diadakan secara hybrid (fizikal dan on-line) telah diadakan di hotel Marriott, kota Glasgow dan telah diungkayahkan bersama oleh Kementerian Kesihatan, Unit Penuntut-Penuntut (Brunei Student Unit) dan Brunei Medical Student Association. Sesi tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai keperluan-keperluan sistem penjagaan kesihatan di Negara Brunei Darussalam serta memberikan peluang untuk berkongsi pengalaman dalam pengajian perubatan dan kesihatan.

 

Semasa sesi tersebut, taklimat telah disampaikan oleh rombongan Kementerian Kesihatan dan diikuti dengan sesi soal jawab bersama Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Taklimat telah mengongsikan maklumat-maklumat mengenai dengan kerjaya kedoktoran dan pergigian termasuk jumlah graduan-graduan yang melaporkan diri ke Kementerian Kesihatan setiap tahun, bidang-bidang perkhidmatan klinikal (clinical specialty services) yang ditawarkan di Kementerian Kesihatan, hala tuju kerjaya dalam bidang kedoktoran, latihan-latihan yang ditawarkan di Negara Brunei Darussalam termasuk Basic Specialty Training/Core Training, bidang-bidang kepakaran yang diperlukan, peluang-peluang dan tatacara proses meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya.

 

Semasa sesi dialog tersebut, Yang Berhormat Menteri Kesihatan antaralain telah menekankan pentingnya bagi para professional kesihatan serta penuntut-penuntut yang menjalani latihan untuk sentiasa berhubung dengan pihak yang berkenaan termasuk Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan.  Komunikasi ini penting bagi memudahkan pemantauan, pengawalseliaan dan perancangan latihan, di samping membuka ruang untuk mendapatkan nasihat dan panduan mengenai halatuju dan kepakaran yang diperlukan.

 

Dalam pada itu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga menekankan bahawa penuntut-penuntut dan pelatih professional kesihatan adalah aset negara dan berharap agar mereka akan kembali berkhidmat kepada negara dan bangsa setelah selesai menjalani pembelajaran dan latihan untuk menyumbangkan khidmat bakti ke arah perkhidmatan yang lebih berkualiti dan efisien demi meningkatkan tahap kesihatan dan sekaligus kesejahteraan rakyat dan penduduk serta masyarakat di Negara Brunei Darussalam.

 

Turut hadir pada sesi tersebut ialah Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom, Yang Mulia Cikgu Mohammad Danny bin Aimi, Pengarah Pengajian Unit Penuntut-Penuntut, serta beberapa pegawai kanan dari rombongan Kementerian Kesihatan dan Unit Penuntut-Penuntut di London.

 

Sesi ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Kesihatan dalam membina hubungan erat bersama generasi profesional kesihatan Brunei di luar negara, sebagai pelaburan penting bagi masa depan sistem penjagaan kesihatan negara.

–TAMAT-

 

Tarikh      :       28 Zulkaedah 1446H / 26 Mei 2025

Rujukan   :       KK/PR/2

Other News Highlights

Majlis Penyerahan Dua Buah Ambulans Penjagaan Intensif Dengan Tekanan Negatif

Selasa, 27 Jamadilawal 1447H / 18 November 2025 – Kementerian Kesihatan hari ini mengadakan Majlis Penyerahan dua (2) buah Ambulans Penjagaan Intensif Dengan Tekanan...

Sambutan Hari Diabetis Sedunia 2025 bagi Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait

Isnin, 26 Jamadilawal 1447H / 17 November 2025 – Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait telah mengadakan Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2025 bagi Daerah...

Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2025

Ahad, 25 Jamadilawal 1447H / 16 November 2025 – Bersempena dengan Hari Diabetes Sedunia 2025, Pusat Promosi Kesihatan (HPC) dengan kerjasama Pusat Endokrin, Hospital...

Majlis Doa’ Selamat, Berdikir Sebelum Berkhatan Bagi Hospital SSB, Kuala Belait Bagi Tahun 1447H/2025M

Khamis, 22 Jamadilawal 1447H / 13 November 2025 – Dalam masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam, berkhatan lazimnya dilaksanakan ketika kanak-kanak berumur 5 hingga...

The 40th Meeting of The Pharmaceutical Product Working Group (PPWG) and Its Related Meetings

Wednesday, 21 Jamadilawal 1447H / 12 November 2025 – The Ministry of Health held the 40th Meeting of the Pharmaceutical Product Working Group (PPWG)...

Majlis Penutup Kursus Induksi Bagi Pegawai-Pegawai Tempatan Baharu Berkhidmat Di Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 2025

Sabtu, 11 Jamadilawal 1447H / 1 November 2025M – Kementerian Kesihatan hari ini telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Induksi bagi Pegawai-pegawai Tempatan Baharu Berkhidmat...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2025 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search