Sign In

991 convert to a new call management system

PEMINDAHAN SISTEM TALIAN AMBULANS 991 KE SISTEM PENGURUSAN PANGGILAN BARU

 

1.           Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa bermula pada hari Ahad, 04 Safar 1443H bersamaan dengan 12 September 2021, sistem talian ambulans 991 di bawah Perkhidmatan Kecemasan Ambulans Perubatan (EMAS: Emergency Medical Ambulance Services) telah berpindah ke sistem baru bagi menampung bertambahnya panggilan-panggilan ke perkhidmatan tersebut.

 

2.           Pemindahan ke sistem baru ini menggunakan kaedah Call Manangement System (CMS) yang dibekalkan oleh Datastream Digital (DST) Sdn. Bhd. yang mana membolehkan operator-operator 991 untuk menerima panggilan secara sistematik, mengesan panggilan-panggilan yang diterima (call tracking), pengumpulan data yang berguna (data collection), dan membuat tindakan serta pengerahan kecemasan (emergency deployment) lanjut secara efisien.

 

3.           Dengan pemindahan ini juga, kapasiti penerimaan panggilan kecemasan ke talian ambulans 991 akan bertambah hingga tiga puluh (30) panggilan dari kempat-empat daerah pada setiap satu masa berbanding sebelumnya iaitu lima belas (15) panggilan dari tiga daerah sahaja yang mana panggilan dari daerah Temburong akan dihala ke Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam.

 

4.           Semasa proses pemindahan ini, jika berlakunya sebarang masalah teknikal, orang ramai yang memerlukan perkhidmatan ambulans 991 bolehlah membuat panggilan ke talian Bomba dan Penyelamat 995 bagi perkhidmatan kecemasan.

 

5.           Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Darussalam 123, dan bagi sebarang panggilan kecemasan perubatan, boleh menghubungi talian ambulans 991 pada bila-bila masa.  

 

TAMAT -


 

Rujukan            : KK/PR/2

Tarikh               : 08 Safar 1443H / 15 September 2021


Attachments