Sign In

Bagi maklumat garis panduan yang terkini (November 2021):

Garis panduan Fasa Peralihan semasa COVID-19

--


PENGURANGAN LANGKAH-LANGKAH PENGAWALAN WABAK COVID-19 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


TAHAP KESEDIAAN OPERASI 5 (LEVEL 5)

(Bermula 8 Mac 2021)


Syarat-syarat Pengurangan Langkah-Langkah Pengawalan Wabak COVID-19 (de-escalation) ini bermula 8 Mac 2021 bagi sektor-sektor berikut:

  • Masjid, surau dan balai ibadat
  • Tempat-tempat ibadat lain
  • Sekolah, institusi Pendidikan
  • Sekolah tusyen dan sekolah muzik
  • Kelas keperluan khas
  • Sekolah memandu
  • Pusat penjagaan kanak-kanak
  • Pusat Warga Emas
  • Muzium, galeri dan perpustakaan
  • Gyms dan fitness centres
  • Semua jenis kemudahan sukan
  • Golf
  • Kolam renang
  • Restoran, kafé dan food courts
  • Panggung wayang
  • Arked dan taman permainan kanak-kanak
  • Kafé internet
  • Pasar, tamu dan gerai

 

1.     Tahap 5 ialah tahap normal/kebiasaan baharu:

    1. Pengimbasan kod QR di semua premis adalah masih diwajibkan. Pengurus premis hendaklah menyediakan kod QR yang bersesuaian dan mencukupi di premis masing-masing. Bagi memudahkan pengunjung-pengunjung yang tidak mempunyai kemudahan untuk mengimbas kod QR, pengurus premis boleh menyediakan buku daftar bagi mencatat butiran peribadi pengunjung.
    2. Amalkan kebersihan diri pada setiap masa seperti kerap mencuci tangan atau menggunakan hand sanitizer, gunakan sungkup muka bila berada di kawasan yang penuh sesak.
    3. Tidak digalakkan untuk bersentuhan seperti bersalaman.
    4. Amalkan penjarakan fizikal sedapat-dapatnya.
    5. Sesiapa yang merasa kurang sihat dikehendaki untuk mengasingkan diri, tidak memasuki tempat-tempat awam dan segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
    6. Dapatkan suntikan vaksin COVID-19.

2.     Perkumpulan ramai adalah dihadkan kepada 1000 orang sahaja.

3.     Kementerian-kementerian lain mungkin akan mengenakan syarat-syarat tertentu seperti bagi sembahyang fardhu Jumaat di masjid-masjid dan acara-acara kesukanan.


Dokumen-dokumen bagi Pengurangan Langkah-Langkah Pengawalan Wabak COVID-19 Negara Brunei Darussalam: