NORETHISTERONE PIL 5mg Menahan Darah Haid Semasa Mengerjakan Haji.
-
Penggunaan ubat ini dengan betul.
- Pil Norethisterone (Primolut-N) hendaklah dimakan muali hari ke-5 kedatangan haid, atau 7-10 hari sebelum anggaran tarikh datang haid yang akan datang, atau seperti yang diarahkan oleh doctor awda.
- Dayang hendaklah makan sebiji pil, tiga kali sehari semasa makan hingga dayang kembali ke Negara Brunei Darussalam.
- Darah haid akan bermula beberapa hari selepas berhenti memakan ubat.
- Jangan makan pil Norethisterone (Primolut-N) jika dayang mengandung.
- Ibu–ibu yang menggunakan pil perancang keluarga hendaklah meneruskan makan pil perancang mereka hingga mereka kembali ke Negara Brunei Darussalam. (Mereka ini tidak perlu memakan pil Norethisterone)
-
Sebelum menggunakan ubat ini :
Maklumkan doctor dan ahli kimia ubat jika dayang:
- Mengandung.
- Alergi atau alahan kepada sebarang ubat.
- Masih memakan apa jua jenis ubat-ubatan yang lain seperti rifampicin, magnesium trisilicate dan antacids yang lain.
- Terdapat masalah perubatan yang lain.
Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam Pharmacy Department, Ministry of Health, Brunei Darussalam
|