UBAT PARACETAMOL
MENGENAI UBAT AWDA
Awda telah pun diberi ubat paracetamol (Acetaminophen) oleh doctor.
APAKAH KEGUNAAN UBAT PARACETAMOL?
Ubat paracetamol ialah untuk menghilangkan rasa sakit, dan menurunkan suhu badan ke paras suhu normal semasa demam.
BAGAIMANA CARA MEMAKAN UBAT PARACETAMOL?
Ada terdapat dua jenis ubat paracetamol:
a) Pil
b) Campuran sirap
Pil dan campuran sirap yang mengandongi Paracetamol ini boleh didapati di kedai kedai. Awda hendaklah berhati hati untuk tidak memakan ubat ubat yang berlainan nama atau warna tetapi mengandungi paracetamol, dalam jangka masa yang sama.
Doktor atau ahli kimia ubat akan menasihati awda jenis mana yang lebih sesuai untuk awda. Lazimnya campuran sirap adalah untuk kanak-kanak. Makan ubat paracetamol sebanyak yang diarahkan oleh doctor sahaja.
Bagi orang dewasa jangan makan ubat paracetamol lebih daripada 8 biji dalam sehari. Jika awda memakan ubat paracetamol seperti yang telah diarahkan, dan sakit awda masih tidak berkurangan, sila hubungi doctor awda dengan segera. Jauhi meminum minuman keras atau yang mengandungi alcohol semasa memakan ubat ini.
APA YANG HARUS DIBUAT JIKA TERLUPA MEMAKAN UBAT PARACETAMOL?
Makanlah dos yang awda terlupa, sebaik saja awda teringat yang awda belum lagi memakan seperti yang diarahkan. Jangan digandakan jumlah dos yang awda terlupa.
APAKAH KESAN-KESAN SAMPINGAN BAGI UBAT PARACETAMOL?
Jika ubat paracetamol dimakan dalam jangka masa yang pendek, ubat ini tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan. Jika awda mengalami gatal-gatal dikulit awda, atau reaksi-reaksi yang berlainan dari biasa, hubungilah doctor awda.
APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL?
Jangan memakan ubat paracetamol melebihi dari dos yang diarahkan kepada awda. Awda tidak perlu mengambil langkah-langkah keselamatan semasa memakan ubat ini, jika awda tidak mengalami sebarang kesan sampingan/alergik/reaksi.
BAGAIMANA CARA UNTUK MENYIMPAN UBAT PARACETAMOL?
Jauhi dari terkena panas secara terus oleh cahaya matahari, simpan di tempat yang kering/sejuk.
Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Negara