1. Basuh tangan dayang sebelum menggunakan ubat pessari. | 2. Buka pembalut ubat pessari. |
3. Baring dan masukkan ubat pessari dengan perlahan ke dalam kemaluan. Gunakan jari dayang atau alat yang diberi. | 4. Jika dayang diarahkan untuk menggunakan dua biji ubat pessari, lakukan dengan cara yang sama seperti gambar no. 3. |
5. Basuh tangan dayang selepas menggunakan ubat ini.
6. Teruskan menggunakan ubat pessari
walaupun semasa haid. | 7. Elakkan dari melakukan perhubungan kelamin semasa dalam rawatan ubat pessari.
8. Dayang dinasihatkan supaya menggunakan tuala wanita (sanitary napkin) untuk mengelakkan dari kesan yang mungkin melekat pada kain/pakaian dayang. |
9. Simpan ubat dayang di tempat yang tinggi dan jauhkan ubat daripada kanak-kanak. | 10. Simpan ubat dayang di tempat yang kering dan sejuk. Ada jenis pessari yang mesti disimpan di dalam peti sejuk. |