CARA MENGGUNAKAN ‘UBAT SISIP PANGKAL DUBUR’ DENGAN BETUL
Rajah 1
- Cuci tangan awda sebelum menggunakan ubat sisip.
- Tanggalkan pembalut dari ubat sisip.
- Bongkokkan badan dan lembabkan bahagian dubur awda dengan air suam.
- Masukkan ubat sisip dari bahagian yang ‘muncung’ (tajam) dahulu ke pangkal dubur (lihat rajah 1). Bagi kanak-kanak, baringkan secara menyiring. Angkatkan punggung dan masukkan ubat sisip (lihat rajah 2).
Rajah 2
- Cuci tangan awda setiap kali selepas menggunakan ubat sisip.
- Baring selama 15 minit. Ini boleh menolong pangkal dubur mengekalkan ubat sisip supaya ubat tersebut dapat memberi kesan yang lebih baik.
- Simpan ubat sisip di dalam peti sejuk. Keluarkan dari peti sejuk beberapa minit sebelum menggunakannya.
- Jauhkan ubat ini daripada kanak-kanak.
PERHATIAN
Ubat ini bukan untuk dimakan. Untuk kegunaan di pangkal dubur saja.
Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam
Pharmacy Department, Ministry of Health, Brunei Darussalam